Memetik laporan Harian Metro, Farisha Iris masih lagi merahsiakan identiti bakal suaminya meskipun membuat persiapan majlis untuk hari ‘istimewa’ yang bakal tiba.
Pemilik nama Farisha Asmadi berkata, segala persiapan tersebut masih di peringkat perancangan dan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sudah dilakukan sehingga kini.
“Majlis perkahwinan saya, lambat lagi dan akan diuar-uarkan apabila sampai masanya. Tapi, memang betul pun saya ada perancangan nak berkahwin dan siapa yang tak mahu berkahwin kan?Â
– Farisha Iris
“Tapi yang penting bukan tahun ini. Insya-Allah, pada hujung tahun depan dan apa yang saya muat naik di Instagram itu sekadar baru nak tengok-tengok dewan. Ingatkan senang, tapi susah juga nak buat persediaan kahwin,â€
Farisha juga enggan mengulas mengenai identti lelaki bertuah yang berjaya mencuri hatinya, namun sekadar memberitahu calon suaminya bukan orang dalam industri seni hiburan.
Tambahnya, mereka berdua baru saling mengenali pada Mac lalu serta masih belum bertunang atau dirisik lagi.
Mengulas identiti calon suami, Farisha berkata, lelaki bertuah yang bertakhta di hatinya itu bukan orang dalam industri dan mereka baru saling mengenali pada Mac lalu serta belum bertunang ataupun dirisik lagi.