in

Farish Aziz Bakal Jalani Pembedahan Gara-Gara Ligamen Putus

[dropcap]S[/dropcap]emasa Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay hari Sabtu lalu, Budiey terkejut jugak bila tengok engacara dan pelakon, Farish Aziz datang dengan bertongkat. Apa dah jadi? Farish kata, nasibnya sebijik dengan apa yang dialami oleh Johan Raja Lawak. Sebab itu, dia terpaksa memperlahankan aktiviti seninya buat masa ini akibat kecederaan pada ligamen kakinya yang terputus sewaktu dia sedang bermain bola sepak pada hari Khamis lalu.

“Saya datang ke Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan Liyana. Tapi kaki ni gatal, saya pergi main bola. Entah macam mana, ligamen saya terpusing dan putus. Tapi saya masih boleh berjalan dan doktor nasihatkan saya supaya pakai tongkat. Doktor juga nasihatkan agar menjalani pembedahan. InsyaAllah saya akan buat pemeriksaan selanjutnya dan mungkin akan jalani pembedahan dalam masa terdekat ini.”

Tambahnya lagi, kalau keadaan memaksa dia akur untuk menangguhkan beberapa projek untuk tiga, empat bulan yang mendatang.

“Nampak gaya kalau dah jadi macam ni, lepas pembedahan nanti saya terpaksa tangguhkan beberapa projek yang telah dirancang dalam masa tiga, empat bulan ini. Tapi saya akan gigihkan juga selagi boleh buat. Kalau job yang setakat berdiri tu saya boleh. Cuma yang lasak dan memerlukan saya berlari, tu tak boleh buat masa ini. Saya difahamkan jangkaan untuk sembuh minimun dalam masa tiga bulan. Bergantung juga pada fisioterapi, sekerap dan serajin mana yang kita buat dan berapa cepat badan kita menerima rawatan yang diberikan.”

Dalam perkembangan lain, Farish memaklumkan dia kini tidak lagi bertugas sebagai deejay di radio Suria FM di Sabah. Kini kerjaya seninya kembali bertumpu di Kuala Lumpur.

“Saya dah balik KL, walaupun famili isteri semua masih di sana. Sekarang ni saya sedang sibuk dengan promosi Fear Factor Selebriti Malaysia dan terlibat untuk beberapa program terbitan Astro.”

Sementara itu, tatkala diminta mengulas mengenai teman baiknya Liyana Jasmay yang akhirnya mendirikan rumah tangga, Farish yang turut diberi kepercayaan oleh Liyana sebagai pengacara pada malam itu berkata,

“Melihat Liyana Jasmay di atas pelamin, sesuatu yang macam tak percaya. Sebab nana (panggilan manja Liyana) ni dia jenis macam budak-budak sikit tapi di dalam dirinya tu dewasa. Dan saya yakin Din (panggilan untuk Fathuddin) boleh menjaga nana dengan baik. Nana ni dia jenis loud, Din pula rileks, sesuailah kombinasi mereka berdua. Saya doakan mereka berdua bahagia dan berkekalan jodoh hingga akhir hayat.”

Video Ucapan Farish Aziz Untuk Liyana Jasmay & Suami

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Psy Dibayar RM2Juta Perform di Rumah Terbuka Chinese New Year Pulau Pinang

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Nikah Liyana Jasmay