in , ,

Farid Kamil & Diana Danielle Enggan Komen Tentang Isu Tidur Bilik Berasingan

Farid dan Diana tidak mahu mengulas lebih lanjut apabila diajukan dengan pertanyaan tentang bilik yang digunakan semasa mereka tidur berasingan.

“Tiada. Tiada apa-apa.” demikian maklum balas pelakon Farid Kamil, 42, mengenai ‘bilik’ yang dimaksudkan oleh isterinya, Diana Danielle, 32, menerusi pendedahan dalam Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, Diana berkata, bilik Farid tidak sesuai didiami oleh anak keduanya, Nur Aurora, 8.

Mengulas mengenai bilik itu, Farid ketika ditemui Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hanya menunjukkan gerakan tangan memberi makna enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Diana, 32, ketika ditanya mengenai bilik yang dimaksudkan turut tidak mahu mengulas dan menggelengkan kepalanya sebelum berlalu memasuki kenderaan.

Terdahulu, Diana mendedahkan menerusi IGs Farid bertindak menempatkan anaknya, Aurora dalam biliknya atas alasan ingin memberi pengajaran atas kesalahan memetik cili di rumah jiran.

“Dia dipaksa duduk dalam bilik Baba malam itu sebab nak sambung ajar anak. Bila saya masuk bilik, anak tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah.

“Saya terkejut, sudahlah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai.

“Bila saya nak ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok layan anak seperti itu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak. Saya tetap berkeras bawa anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

“Sebelum keluar bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas.

“Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. Awak tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada anak di dalam. Jadi, memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIANA DANIELLE

Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Akan Berlangsung Pada 30 Mei Ini

“Kehadiran Orang Ketiga Juga Satu Ujian Allah, Untuk Uji Rumah Tangga Kita”