Farid berkata dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu namun terkantoi baru-baru ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.
“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.
“Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,†katanya.
Dalam pada itu, Farid berkata dia mahu menyelamatkan rumah tangga mereka demi anak-anak apatah lagi sudah 23 hari tidak dapat bertemu kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.
“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.
“Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,†katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Farid berkarta dia menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.
“Mahkamah akan putuskan hal terbabit. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,†katanya.