in , ,

Farawahida Berkahwin Kali Kedua Selepas Setahun Berpisah, Kini Jadi Isteri Pegawai Kerajaan

Selepas setahun berpisah dengan bekas suami, penyanyi Farawahida melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias semalam.

Penyanyi lagu Tanpamu itu bernikah dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping.

Sehari sebelum bernikah, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D’Studio Homestay Changkat Jering di sana.

Untuk rekod, Farawahida pernah berumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain sejak 16 Disember 2013

farawahida

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami.

“Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.

Kata Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, dia turut mengabadikan peningkatan usia 36 tahun semalam sebagai hari pernikahannya.

“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini

“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu waktu malam

“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka ,” katanya.

farawahida

Kata Farawahida, perkenalannya dengan Zulkifli berputik di gelanggang badminton

“Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

“Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti. Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam.

“Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram. Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat,” katanya.

Menurut Farawahida, dia sendiri menyukai lelaki yang sederhana dan tidak terlalu ‘loud’

“Ciri ciri itu ada pada suami saya,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran.

SIARAN AKHBAR

MAJLIS PERTUNANGAN & PERNIKAHAN FARAWAHIDA

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua rakan media.

Alhamdulillah Farawahida, 36, selamat bertunang dengan pasangannya Zulkifli Alias, 36,yang berasal dari Melaka pada 18 Mac 2021. Majlis berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-belah pihak di D’Studio Homestay Changkat Jering Taiping kira-kira jam 9 malam. Farawahida menerima 2 bentuk cincin (merisik & bertunang) , 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang.

Pada 19 Mac 2021 kira-jam 10:40 pagi, mereka telah selamat dinikahkan oleh Imam & Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Mohd Ghazali bin Azidin dengan hanya sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping Perak.

farawahida

Mas kahwin merupakan senaskah Al-Quran.

Lokasi Tunang & Resepsi : D’Studio Homestay Changkat Jering, Taiping Perak

Pelamin : FF Wedding Couture

Hantaran : The Project Asmarra

Busana Pengantin : Kay Ibrahim

Make Up : Apit Marcello

Inai/Henna : Zahira.Arts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyra Rosli & Nad Zainal Dilantik Jadi Duta Rasmi Mommyhana

RTM & DBP Jalin Kerjasama Dalam Telefilem CAPA RENGAT GULAI RAWO