Farahrizan, penyampai berita Astro Awani dan juga pelakon pembantu dalam Drama Frontpage di NTV7Â telah pun dibebaskan. Semoga mendapat pengajaran dan teladan di masa mendatang. Jom buka lembaran baru… Selamat tahun baru 2009 buat semua pembaca dan selebriti yang menjadi pembaca setia blog ini.
Tanggal 7 Januari ini, maka genaplah 2 tahun usia Sensasi Selebriti bernafas di dunia maya…. agak-agak korang apa program atau aktiviti yang boleh kita anjurkan sempena meraikan ulangtahun ke-2 Budiey.com ni? Tengok wayang? Gathering…? Haha Budiey ingat nak belanja korang tengok citer seram KM21 kat TGV KLCC. Ok tak?
Penyampai berita, pelakon dibebas
Ditahan ketika sertai pesta dadah rai tahun baru
KUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.
Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata 25 orang termasuk lapan yang positif dadah dalam ujian saringan pertama dibebaskan, kelmarin manakala seorang lagi masih ditahan.
Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu hasil ujian HKL terhadap personaliti televisyen dan pelakon sambilan bersama tujuh lagi yang dibebaskan atas jaminan polis sementara yang dijangka diperoleh dalam masa dua minggu.
“Selepas hasil ujian kedua diperoleh, semua lapan yang dibebaskan atas jaminan polis akan dipanggil semula untuk tindakan susulan. Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun yang juga seorang daripada sembilan positif dadah, masih ditahan kerana dipercayai membekalkan dadah yang ditemui ketika serbuan. Esok (hari ini), kita akan menyerahkan kes ini kepada pendakwa raya untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kang berkata, 17 lagi peserta pesta itu yang sudah direkodkan keterangan dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesan dadah ditemui ketika ujian air kencing pertama.
Farahrizan dibebaskan bersama pelakon sambilan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 7 malam.
Semua mereka diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur ketika menyerbu bilik ditempah khas di Tingkat 11 hotel berkenaan kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.