in , ,

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul Pada 20 Disember 2019

Bertempat di Hotel Majestic pada 23 Oktober lalu, pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek telah buat satu sidang media tergempar.

Pelakon yang menempa populariti menerusi drama bersiri, Titian Cinta, Farah Nabilah bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, pada 20 Disember ini.

Menurut Farah, 27, selain upacara akad nikah, mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari depan.

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

Bercerita mengenai detik pertemuan dengan bakal suaminya itu, Farah berkata, dia sudah mengenali Amirul yang juga seorang juruterbang sejak tujuh tahun lalu selepas diperkenalkan rakan artis, Izara Aishah.

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

“Pada awal perkenalan sekitar tujuh tahun lalu, saya memang tidak begitu melayannya kerana ketika itu, saya masih patah hati. Walaupun Izara cuba memujuk, saya tetap berkeras. Kami kenal ni pun sebelum saya menjadi selebriti.

“Namun, sifat sabar dan tidak putus asa Amirul serta cara dia melayan kedua-dua orang tua saya, akhirnya membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai teman hidup,”

“Sekarang, saya mengumumkan tentang perkara ini kerana ia telah memasuki fasa yang lebih serius,”

– Farah Nabilah

Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, selama ini, dia merahsiakan hubungan mereka bukan kerana bimbang popularitinya terjejas.

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

Farah juga mengakui bahawa persiapan sudah pun siap hampir 80% dan masing-masing sudah sepenuhnya bersedia menempuh alam rumahtangga.

Farah juga berkata, dia mahu fokus kepada kerjaya lakonannya terlebih dulu dan mahu mengutamakan restu keluarganya dan memastikan Amirul berjaya mendapat restu daripada mereka terutama ibu bapanya.

“Memang sejak dahulu lagi, saya kurang selesa berkongsi perkara peribadi. Lagipun, saya lebih suka peminat fokus dengan kerjaya saya.

“Apabila hubungan kami sudah sampai tahap serius dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya, baru saya berani mengumumkannya,”

“Selain itu, ibu bapa saya juga meminta untuk mendiamkan perkara itu sebelum ini kerana ia masih belum mendapat kepastian sepenuhnya.”

“Restu keluarga paling utama buat saya dan bakal suami berjaya memperolehnya dengan usaha bersungguh mengenali dan mendekati ibu bapa saya,” 

– Farah Nabilah

Farah berkata, dia juga mengambil kira pandangan ibu bapa dan keluarga yang menasihatkannya supaya tidak berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Menurut Farah, dia lebih selesa apabila peminat lebih memberi perhatian kepada kerjayanya berbanding hal peribadi.

Sementara itu, Amirul sangat meminati Farah kerana terpikat dengan senyuman manis dan keperibadian wanita itu.

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

“Saya sangat sukakan senyumannya. Dia senyum sangat cantik dan itu yang membuatkan saya terpikat,”

– Amirul

Mengulas mengenai kerjaya Farah sebagai pelakon, Amirul berkata, dia menerimanya dan memahami lumrah kehidupan selebriti.

Ternyata para peminat Farah Nabilah amat teruja dengan berita ini kerana umum sedia tahu Farah kerap dikaitkan dengan beberapa nama artis lelaki seperti Zul Ariffin dan juga Fikry Ibrahim.

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

Pengumuman tersebut telah menjawab segala persoalan netizen berkenaan teman lelakinya yang dikenali sejak di kolej lagi.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas berita baik ini dan berharap perkahwinannya kelak akan kekal hingga ke syurga.

“Tahniah farah dn bkal suami…. moga bhagia”

“Moga bhagia yaa”

“Wah tapi suka tengok farah nabila pakai tudung manis comel ja bila bertudung”

“Muka ada iras sgt kan. Cute couple. Yang penting bukan suami org. Moga bahagia.”

“Tahmiah..cantik.. Kalau bertudung lagi cantik”

“Ingatkan aidid dah tukar gaya rambut sejak bila aidid jadi wartawan mahligai cinta”

Dalam pada itu, Farah dan Amirul juga akan menjadi pasangan pertama yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari menerusi www.mahligaicinta.com.my mulai November ini.

Sumber: Berita Harian
Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul
Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul
Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid & Saharul Ridzwan Dalam Dia Pengantinku

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah Mahu Rakam Lagu Duet