Farah Nabilah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam iaitu 22 Oktober 2020 di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor. Anak sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, difahamkan lahir sebulan lebih awal berbanding jangkaan.
Menerusi instagramnya, Farah yang menimang bayi lelaki ini belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anaknya. Jelas Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, dia akan mendedahkan nama dan wajah puteranya itu bila tiba masanya.
“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,”
– Farah Nabilah
Pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 28, ini juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,”
– Farah Nabilah
Farah juga menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.
Antara artis yang turut meninggalkan komen ialah Mira Filzah, Scha Elinnea, Syanie, Tasha Shilla, Jay Nazif, Diana Rafar, Adeline Tsen, Sherry Ibrahim, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019