Pelakon, Farah Nabilah selesai menjalani proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung yang beri nama Andre Omar pada 22 Oktober lalu.
Majlis Cukur Jambul
Terbaru menerusi posting di Instagram miliknya, pelakon berusia 28 tahun itu mengadakan majlis cukur jambul sekali gus mendedahkan wajah anaknya buat kali pertama hari ini.
Lengkap mengenakan persalinan putih, Farah berkongsi momen indah sepanjang majlis berlangsung sekaligus mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum.
Dengan tema busana serba putih, majlis serba sederhana itu dihadiri dalam kalangan ahli keluarga sahaja yang berlangsung dengan jayanya.
Posting tersebut dihujani pelbagai komen positif netizen yang teruja melihat wajah dan memuji kecomelan Andre selain kecantikan pelakon berkenaan.
Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.