Minggu lepas, viral di media sosial tentang isu pergolakan rumah tangga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar yang dikatakan curang dengan isterinya yang mesra dengan nama Sera. Menurut kata Sera, suaminya tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang dikenali dengna nama Fara Salleh. Bagi yang mengikuti kisah Shuk ni, nama Fara Salleh sudah tak asing lagi sebab beliau pernah dikaitkan dengan Shuk pada tahun lepas.
Menerusi perkongsian Sera di IG, Shuk masih menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh. Dan Sera tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku sehingga dia terpaksa mendedahkan rahsia dan aib rumahtangganya kepada umum.
Kalau kita selak balik dalam berita yang lepas, yang dulu-dulu sebelum ini, Fara Salleh pernah terpalit dengan beberapa kontroversi dengan artis lelaki lain iaitu Kechik (vokalis Hyper Act) dan Shahz Jaszle pada tahun 2015.
Tak lama selepas isu ini tular di media sosial dan mendapat kecaman dari netizen, Fara memuat naik sebuah entri di Instagram yang mendedahkan kiriman mesej yang diterima daripada warganet di Instagram serta di aplikasi WhatsApp. Antara kandungannya adalah kecaman dan makian daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya selepas didakwa masih berhubung dengan Shuk.
Tidak cukup dengan itu, ada juga mesej yang berbaur lucah dan mengaibkan. Malah, Fara bertindak memaparkan wajah-wajah segelintir individu yang menghubunginya. Dikatakan nombor telefon Fara Salleh ini tersebar selepas Sera memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan perbualannya bersama Shuk.
Terkini, Fara Roslan mengaku dia sekarang tiada apa-apa hubungan dengan Shuk. Bermakna, mengikut kata Fara Salleh, hubungan dengan Shuk sudah pun putus.
Melalui satu temubual dengan media, Fara Roslan meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri Shuk yang bertindak menyebarkan maklumat peribadinya iaitu alamat rumah dan nombor telefon bimbit kepada orang ramai. Dikatakan alamat rumah dan nombor telefon bimbit turut disebarkan oleh netizen di Twitter dan apabila nombor telefon bimbit telah diketahui orang ramai, Fara Salleh telah menerima banyak mesej berupa ugutan yang dihantar oleh orang yang tak dikenali.
Mungkin sebab dah takut dengan macam-macam ugutan daripada individu tidak dikenali, Fara Salleh telah tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.
“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugut nak bunuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.
“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,”
Fara Salleh ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya. Menurut kata Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Sera hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Sera masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.
“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.
“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour… dia boleh tengok ada atau pun tidak,”
Lepas Viral Isu Curang, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Radio Hot FM?
Pada 25 Januari lalu, media ada menyiarkan tentang berita Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar digantung serta merta. Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial. Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.
Di laman Twitter terdapat sebuah petisyen yang menuntut pihak Hot FM utuk menamatkan kontrak Shuk serta merta.