Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com. Anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 13 November 2018 (Hari Selasa) di GSC Mid Valley.
Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 15 November 2018.
FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD sebuah filem bergenre aksi, fantasi penuh magikal yang digarap pengarah oleh David Yates.
Francais Harry Potter menjadi salah satu francais yang sangat berkualiti dengan penghasilan paling sukses. Tak disangkal lagi, filem itu mendapat sambutan hebat di seluruh dunia. Lanjutan dari itu, pada 2016, pengarah tersohor David Yates telah menciptakan sebuah prekuel dengan mutu cerita yang tidak jauh beza.
Untuk tahun 2018 ini, David Yates bekerjasama denganJ. K. Rowling, spin-off keduanya yang diberi tajuk FANTASTIC BEASTS : THE CRIMES OF GRINDELWALD.
Filem ini menjadi sekuel atau lanjutan cerita dari filem FANTASTIC BEAST AND WHERE TO FIND THEM (2016) yang merupakan prekuel atau kisah sebelumnya dari seluruh filem Harry Potter dan juga menjadi filem kesepuluh dari francais Wizarding World franchise.
Filem pertama ini mendapat sambutan hebat seluruh dunia sehingga mendapat kutipan memberangsangkan iaitu USD800 juta! Kejayaan ini meletakkan filem itu menduduki tangga ke-8 pendapatan terbesar pada tahun 2016.
SINOPSIS FILEM FANTASTIC BEASTS : THE CRIMES OF GRINDELWALD
FANTASTIC BEASTS : THE CRIMES OF GRINDELWALD menceritakan lanjutan pertarungan dari Newt Scamander (Eddie Redmayne) di mana pada filem sebelumnya Newt telah berjaya membantu MACUSA (Magical Congress of the United States of America) dalam membuka topeng dari ahli sihir jahat, Gallert Grindelwald (Johnny Depp).
Namun seperti yang dijanjikan, Grindelwald berhasil keluar dari tahanan dan mengumpulkan pengikut demi misinya yang mengangkat status penyihir di kalangan semua makhluk tanpa sihir.
Satu-satunya cara yang boleh menghentikannya adalah ahli sihir yang pernah menjadi temannya, Albus Dumbledore (Jude Law). Akan tetapi Newt memerlukan bantuan dari ahli sihir yang pernah mengalahkan Grindelwald, iaitu bekas anak muridnya, Newt.
Pertarungan ini mempertemukan kembali Newt dengan Tina (Katherine Waterston), Queenie (Alison Sudol) dan Jacob (Dan Fogler). Namunn misi ini akan menguji kesetiaan mereka semasa empat sekawan ini menghadapi bahaya baru dengan dunia sihir yang semakin kelam dan penuh kejahatan.
Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD yang penuh aksi magik ini.
Filem FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD akan ditayangkan di pawagam mulai 15 November 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.
Peraduan Tayangan Premiere Filem FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 125 tiket FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
13 November 2018 (Hari Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
GSC Mid Valley
Sebanyak 125 keping tiket FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FantasticBeastsMY
1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #FantasticBeastsMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
- In what year does Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald take place?
a. 1916
b. 1927
c. 1930
d. 1939
- Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter & Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD – Budiey.com
Tarikh tutup peraduan:
12 November 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 15 November 2018 di pawagam.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures
© 2018 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved.
Wizarding WorldTM Publishing Rights © J.K. Rowling
WIZARDING WORLD and all related characters and elements are trademarks of and © Warner Bros. Entertainment Inc.