in ,

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Program TV sekarang ni makin banyak yang best-best. Sampaikan Budiey sendiri pun tak sempat nak tonton kat rumah. Alasan utama sebab takde masa… sibuk! Asyik terkejar ke sana ke mari cari bahan untuk blog dan buat rakaman food review untuk saluran Youtube Budiey.com. Fuh, letih gak sampai tiada masa nak tonton siri kegemaran dan filem terhebat di Astro.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Dalam banyak-banyak siri TV, yang paling ohsem dan menarik-tertarik-kau-memang-da-boom adalah drama siri Walking Dead… Fuh, dari musim pertama sampai musim terbaru ni memang Budiey tak pernah ‘missed’ untuk mengikuti kisah yang penuh tragis, dramatik, sarat dengan adegan kejutan dan yang paling penting drama ni memang terbaiklah! Korang pulak macamana?

Yes, ada Astro on the Go pun, kekadang tak sempat nak tonton semua di dalam kereta ke atau kat luar rumah. Tapi apabila Astro melancarkan Hiburan On Demand atau lebih dikenali dengan OD baru-baru ini, Budiey rasa lega sebab banyak juga kemudahan yang disediakan untuk kita sebenarnya.

Sekarang, kita dah boleh tonton semua program TV kegemaran dan menonton filem di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa had mengikut pilihan kita sendiri. Bertepatan dengan tagline OD iaitu Pilih, Tonton, Serta Merta! sekarang ni, kita tak perlu nak buang masa menonton filem atau program TV yang kita tak minat kan? Lagi satu, kita juga tak nak buang masa menonton iklan, betul tak?

Paling memudahkan Budiey apabila Astro on the Go ada menyediakan fungsi untuk kita muatturun program TV dan filem terhebat. Ini bermakna, senanglah Budiey nak menonton ketika offline atau tiada talian internet. Jadi, senang nak tonton dalam LRT ke, kat event ke, pendek kata kat mana-mana yang sempat la kan?

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Pada 8 Oktober yang lalu, Budiey sempat hadir di Majlis Pelancaran On Demand (OD) yang diadakan di Astro Bukit Jalil. Bukan main meriah lagi majlis ini kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk tetamu seperti cabutan bertuah dan pelbagai permainan.

Serentak dengan pelancaran ini, satu pengumuman dibuat di mana semua pelanggan Astro yang telah menghubungkan PVR mereka kepada internet sebelum 31 Januari 2016 ini akan diberikan access percuma menggunakan OD Plus selama tiga bulan (berharga RM47.70). Tak nak cakap banyak pasal ini, anda semua boleh dapatkan info di www.watchOD.com

Apa yang Budiey boleh katakan di sini, apabila OD dilancarkan, semua peminat filem akan dapat menonton filem kesukaan dengan lebih mudah, lebih cepat. Anda bayangkanlah… dengan ada OD ni, kita boleh menonton keseluruhan episod rancangan-rancangan hebat ini secara sekaligus – bayangkan anda boleh menonton kesemua lima musim rancangan Game of Thrones dalam tempoh satu minggu! Amacam? Best kan?

Pengguna boleh memilih ribuan pilihan kandungan hiburan daripada filem-filem aksi terhebat Hollywood di OD Store seperti The Avengers; Age of Ultron dan Fast and Furious 7, hiburan terbaik Asia seperti Memori Cinta Suraya, Ba Ba Qu Na Er dan Rasikka Rusikka, siri-siri komedi seperti The Big Bang Theory, filem-filem kesukaan kanak-kanak juga ada di OD Store seperti Minions dan Inside Out, filem-filem yang mendebarkan seperti Arrow dan Gotham, filem-filem seram klasik Saw dan Insidious, drama-drama Korea terhangat seperti Village and the Gang Doctor serta ratusan siri animasi klasik dan terbaru dari negara Jepun.

OD yang diperkenalkan Astro ini membolehkan rakyat Malaysia menentukan sendiri pengalaman tontonan TV masing-masing – daripada pilihan kandungan sehinggalah bagaimana dan bila mereka mahu menonton rancangan tersebut.

Kepelbagaian pilihan kandungan termasuklah filem pecah panggung yang terhebat dan terkini, dan memiliki akses ke atas keseluruhan episod lengkap sesebuah siri TV yang digemari mampu menarik minat individu-individu berbeza dari setiap isi rumah.

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Budiey suka memetik kata-kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro semasa pelancaran On Demand (OD):

“Rakyat Malaysia merupakan kumpulan pengguna yang cukup sofistikated, sentiasa berhubung di atas talian, sentiasa dilihat berada di garisan grid digital, dan sentiasa menginginkan akses kepada kandungan ketika berada di luar rumah, sama ada secara atas talian atau di luar talian. Hari ini, kami melihat terdapat peningkatan dalam permintaan terhadap perkhidmatan video on demand. OD adalah cara terbaru menikmati kandungan, sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja”.

“Terdapat perubahan besar dalam trend pengambilan kandungan. Fokus kami yang seterusnya adalah untuk memenuhi keperluan kandungan individu dalam isi rumah, yang kami panggi ‘ruang individu’, ‘ruang peranti pintar’ dan juga ‘ruang dalam rumah dan mudah alih’. Ini merupakan kumpulan-kumpulan pengguna yang kami harapkan untuk bertambah daripada 800 ribu pengguna individu berdaftar hari ini kepada lebih daripada 3 juta dalam tempoh masa 5 tahun”.

“Penyimpanan Cloud telah merubah cara kita menjalankan perniagaan. Astro telah mengambil satu langkah kehadapan dalam penghantaran kandungan On Demand dengan menaiktaraf system eko Cloud yang membolehkan kami meningkatkan skala katalog OD dengan mudah. Pada masa yang sama juga, ia membolehkan kami untuk meningkatkan penghantaran kandungan dan menaiktaraf pengalaman tontonan pengguna ke seluruh jenis peranti termasuklah set top box, telefon pintar, tablet, laptop dan juga komputer.”

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN ASTRO ON DEMAND?

Budiey awal-awal lagi dah ada dekoder yang menyambungkan wifi internet kat rumah. Jadi senanglah nak download program TV kesukaan yang ada dalam OD Free dan OD Plus. Jadi, nak tak nak, korang kena bertukar juga dengan dekoder terbaru daripada Astro untuk memuatturun program TV dan filem kegemaran korang tu.

Senang je, meh mari Budiey tunjukkan satu persatu. Di MENU utama ada (On Demand), klik situ dan akan keluar.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Di situ ada OD Free, OD Plus, OD Store dan beberapa fungsi lain seperti Recommended, Wishlist dan Search.

Untuk download program TV kegemaran Budiey iaitu The Walking Dead Season 6, Budiey terus ke OD Free dan cari program TV tersebut di saluran TV yang ditetapkan iaitu FOX HD.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Dan apa lagi, jom kita download sekarang!

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Selain itu, Budiey juga memuaturun program TV dengan menggunakan aplikasi Astro on the Go (AOTG) di telefon pintar, laptop ataupun tablet, dengan pilihan yang pelbagai demi menepati keperluan dan bajet yang berbeza-beza.

Bagi para pengguna yang tidak melanggani pakej Astro, mereka masih boleh menikmati kandungan OD menerusi AOTG.

Turut diperkenalkan adalah satu fungsi baru muat turun AOTG yang kini boleh digunakan, di mana rancangan-rancangan boleh dimuaturun ke peranti mudah alih untuk tontonan di luar talian.

Seperti yang Budiey tengok di saluran TV Shows ni… rancangan kegemaran gak ni… Quantico. Best! Dah boleh download atau boleh tekan butang Play je.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

OD menawarkan tiga pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap bajet dan juga pilihan tontonan.

1. OD Free
Pelanggan Astro yang telah pun menyambung PVR mereka kepada Wi-fi di rumah boleh menikmati pelbagai rancangan kegemaran mereka secara percuma mengikut langganan pakej Astro masing-masing.

Pilih dan tonton episod dan musim terbaru siri TV popular seperti Empire, Scandal, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Game of Thrones, The Blacklist, The Voice dan banyak lagi – semuanya bersiaran serentak dengan hari tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

Juga, jangan lupa untuk menonton kembali episod terbaru rancangan-rancangan tempatan seperti Akademi Fantasia, Classic Golden Melody dan sebagainya. Sekarang dengan ada OD Free, kita dapat menonton program TV di mana sahaja kita berada dengan hanya menekan satu butang. Sangat mudah, korang patut cuba hari ini!

2. OD Plus

Astro menyediakan akses on-demand kepada kandungan tempatan dan antarabangsa yang lebih hebat, lebih eksklusif termasuklah filem blokbuster, siri lengkap drama bersiri TV dan juga rancangan kanak-kanak, pada hanya RM 15.90/sebulan.

astro

Pilih dan tonton kesemua episode rancangan kegemaran anda secara pukal seperti Grey’s Anatomy, The Flash, Arrow, Gotham, How To Get Away With Murder, Agent Carter, Big Bang Theory dan filem-filem blockbuster Hollywood seperti koleksi lengkap Harry Potter dan trilogi The Lord of the Rings.

Okay sekarang ni dah boleh tonton drama Siri TV Heroes Reborn.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Sekarang dah boleh tonton dengan senang hati!

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Pilih dan tonton episod rancangan kegemaran Korea seperti Infinite Challenge dan Just Married. Peminat animasi pula berpeluang memilih dan menonton serta merta judul terbaru Animax dari Jepun dan kanak-kanak boleh memilih dan menonton kesemua episod kegemaran mereka.

3. OD Store
Pelanggan boleh memilih dan membayar judul-judul terbaru yang ditayangkan di pawagam dan menontonnya serta merta – daripada Hollywood sehinggalah filem tempatan dan blokbuster Asia merangkumi pelbagai bahasa antarabangsa dan vernakular, termasuklah Melayu, Cina dan India.

Fast & Furious 7, The Avengers: Age of Ultron dan Inside Out serta Kapsul, Bravo 5, Jejak Warriors, Heart Attack dan The Killer boleh didapati di OD Store.

Kini, selain dari saluran TV linear yang sedia ada, setiap individu dari setiap isi rumah boleh menentukan sendiri pengalaman tontonan siri-siri TV dan filem-filem kegemaran mengikut kepada keselesaan masing-masing.

Untuk menggalakkan lebih banyak tontonan hiburan on-demand, Astro mensasarkan sejumlah 500 ribu sambungan dekoder PVR pada akhir tahun ini berbanding 181 ribu sambungan dekoder buat masa kini. Astro turut mensasarkan peningkatan jumlah muat turun AOTG daripada 1.8 juta pada hari ini kepada 2.5 juta pada akhir tahun ini, dan yang lebih penting menyasarkan jumlah tontonan pengguna yang aktif daripada 140 minit seminggu kepada lebih 180 minit seminggu menjelang akhir tahun.

Pelanggan Astro yang menyambung PVR mereka ke Internet sebelum 31 Januari 2016 akan menikmati akses percuma selama 3 bulan kepada kandungan OD Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hiburan On Demand (OD) dari Astro

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Lagu Syamel HIDUP DALAM MATI Trending di Youtube Malaysia

Gambar Sekitar Konsert Bigbang [MADE] World Tour In Sydney