in

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Karnival Usahawan Belia 2015

Karnival Usahawan Belia 2015 adalah satu usaha untuk membuka ruang kepada usahawan tempatan khasnya usahawan belia mempamerkan, mempromosi dan memperkenalkan mutu dan kualiti keluaran produk masing-masing berdasarkan keperluan semasa di pasaran dan masyarakat umum. Budiey juga menjadi salah seorang ikon belia yang menyokong karnival ini. Budiey sangat berbesar hati untuk mempromosikan karnival ini dan turut membuka booth Budiey.com bagi memeriahkan acara ini. Jadi, kepada anda semua, jangan lupa temujanji kita kat sana. Datang beramai-ramai, banyak juga makanan Budieylicious yang sedap-sedap akan dijual kat sana. Tak nak cakap apa yang akan dijual, korang kena datang sendiri, okay?

Melalui penganjuran karnival usahawan ini juga, maklumat tentang peranan kementerian atau agensi dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan dapat disebarkan dengan meluas sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin merealisasikan pembangunan modal insan.

Karnival Usahawan Belia 2015

Karnival Usahawan Belia 2015 dianjurkan oleh Trigger Resources Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia yang akan berlangsung selama tiga hari pada 27hb November 2015 sehingga 29 November 2015 bertempat di perkarangan pintu gerbang utama Stadium Shah Alam bermula pukul 10 pagi hingga jam 12 malam.

Majlis sidang media dirasmikan oleh Encik Hilmi Bin Muda, Pengurus Vio By PKNS wakil dari Pembangunan Usahawan PKNS yang juga merupakan penaja bagi lokasi sidang media hari ini diikuti oleh Encik Mohd Afdzal Zainudin selaku Pengarah Trigger Resources Sdn Bhd. Turut hadir sama, Encik Muhd Farhan dari Aman Palestin Berhad cawangan Shah Alam selaku rakan strategik, Puan Halimahtun Saadiah daripada Rafflesia Butik selaku penaja, Encik Hafiz Omar wakil dari IKBN dan orang usahawan belia kategori Top Brand dari Rania Hijab Esklusif dan Fana Kamil Clothing.

Seramai lebih kurang 400 usahawan akan berhimpun dan berkampung di Shah Alam untuk memperkenal serta mempromosi produk keluaran masing-masing kepada masyarakat umum.

Manakala sebanyak 300 tapak dan ruang niaga ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival usahawan ini dan antara kategori produk atau jualan yang dibenarkan adalah seperti jualan makanan dan minuman, pakaian, aksesori, produk kecantikan, kesihatan, perkhidmatan dan hijab. Selain itu, penganjur juga ada menjemput 20 orang usahawan selebriti daripada GTAS yang diketuai oleh Anne Adullah dan Dilla Ahmad.

Antara usahawan selebriti yang terlibat dari Gtas adalah Farid Wari, Arief Farhan, Fizz Fairuz, Liza Abdullah, Aliza Rafar, Sheila Mambo, Khaty Azian dan Rozie Rashid.
Selebriti Encik Mimpi, Nodi Ax Rock, Ann Ways dan Ain Awok dan ramai lagi selebriti lain turut memeriahkan karnival ini.

Karnival Usahawan Belia 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan ianya tersenarai sebagai salah satu acara dalam Calendar of Event di Negeri Selangor. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :-

1. Mini Konsert
2. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak;
3. Permainan Tradisional
4. Petting Zoo
5. Persembahan Artis Jemputan – Nas Adila, Aliff Aziz, Sheila Abdul, Alif AF,Ippo Hafiz,Haqiem Rusli
6. Busking
7. Pertandingan Fesyen, MUA dan Model
8. Forum Santai
9. Iron Man
10. Persembahan Permainan Api
11. Persembahan Tarian Kebudayaan
12. Zumba
13. Pertunjukan Silap Mata
14. Kutipan Amal
15. Futsal
16. Persembahan ‘Flash Mob’

Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkenaan dengan Karnival Usahawan Belia 2015 boleh menghubungi Cik Tina di talian 011-2662 7963 atau Encik Afdzal 011-1076 8170 untuk mendaptkan maklumat lanjut atau boleh email ke [email protected]

Karnival Usahawan Belia 2015

Karnival Usahawan Belia 2015

Karnival Usahawan Belia 2015

Karnival Usahawan Belia 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amanda Imani Lancar Album BLACKHEART

Kisah Bintang Bola Sepak Dalam Filem GOAL! THE DREAM BEGINS