Seakan-akan cuba menyampaikan rasa resah gelisah terperangkap dalam situasi sebegini, artis muzik urban tempatan – Kaka Azraff, Loca B dan Noki dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique tampil berkolaborasi dalam single terbaharu mereka berjudul ‘GILA’.
Lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong ini diberikan susunan muzik bercitarasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. Sungguhpun begitu, lagu ini bukan sekadar hiburan kosong. Lagu ‘GILA’ ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. Senikata disusun dengan prosa mudah tetapi puitis yang membawa makna yang mendalam.
‘GILA’ menceritakan tentang kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut dan terus kental menjalani kehidupan.
Turut dilancarkan video muzik rasmi ‘GILA’ sebagai pendamping visual single ini. Video arahan Adriana Tunku dari Denhouse Productions ini digarap dengan elemen surrealism cuba menterjemah maksud lagu ini dalam bentuk visual.
Di samping itu, ‘GILA’ turut menjadi jambatan kolaborasi antara Black Hat Cat Records dan penyedia perkhidmatan internet tersohor negara, Hotlink. Hotlink yang baharu sahaja melancarkan produk Prabayar Hotlink Tanpa Had serba baharu pada Jun lalu, kini membolehkan rakyat Malaysia #BikinSampaiJadi apa jua yang diingini untuk mecapai aspirasi dan cita-cita mereka dengan akses internet dan panggilan TANPA HAD di Rangkaian No.1 Malaysia. Mesej positif yang terkandung dalam lagu ‘GILA’ sinonim dengan matlamat #BikinSampaiJadi Hotlink. “Mesej positif dalam lagu ‘Gila’ dan teras utama #BikinSampaiJadi, berlandaskan pada semangat yang sama. Dengan itu, kerjasama kami dengan Hotlink dalam menghasilkan video muzik ini sangat kena dan tepat pada masanya,” kata Raqeem Brian Pengarah A&R Warner Music Malaysia.
‘GILA’ diterbitkan oleh Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 31 JULAI 2020. Video muzik ‘GILA’ boleh ditonton di saluran YouTube Black Hat Cat bermula 17 OGOS 2020.