in ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang MISS LAWAK

Dominasi pelawak lelaki yang menguasai pasaran komedi tanah air bakal dipecahkan menerusi penganjuran pertandingan ‘Miss Lawak’

Program MISS LAWAK ialah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan pencarian bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak wanita angkatan baharuyang berpotensi untuk memecahkan dominasi pelawak lelaki yang dilihat lebih banyak menguasai pasaran komedi tanah air sekaligus mengangkat martabat genre tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini merupakan pertandingan pencarian bakat komedi pertama seumpamanya di Malaysia yang hanya menampilkan penyertaan daripada peserta wanita sahaja.

Miss Lawak

Kebangkitan Pelawak Wanita Angkatan Baharu Di Astro Warna

Uniknya, format penjurian akan diadili berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional yang telah dilantik untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang menerima markah terendah pada setiap minggu akan tersingkir.

Miss Lawak

Selaku peneraju kandungan utama di negara ini, Astro menyambut baik perkembangan positif lanskap komedi tanah air yang sudah jauh berubah seiring dengan penerimaan dan keterbukaan penonton dalam mentafsirkan kandungan komedi yang dipersembahkan membabitkan golongan wanita. Penonton kini lebih matang dan berfikiran terbuka untuk mengalu-alukan kehadiran pelawak wanita bagi bersaing secara sihat dengan pelawak lelaki di arena komedi.

Namun begitu, kami menyedari hakikat bahawa industri kita sebenarnya ketandusan pelawak wanita yang berbakat dan lebih banyak dikuasai oleh pelawak lelaki. Survival wanita dalam dunia pelawak juga lebih mengundang prejudis berbanding penerimaan. Ini mungkin ekoran daripada sensitiviti tingkah laku dan ‘mindset’ tipikal oleh segelintir penonton yang beranggapan kaum wanita tidak sesuai menjadi pelawak sekaligus membataskan mereka untuk tampil dengan idea komedi yang menyerlah. Selain itu, pendedahan yang kurang dan tiada platform yang tepat untuk mereka mengembangkan bakat juga mungkin menjadi salah satu sebab mengapa industri ini lebih banyak dimonopoli oleh pelawak lelaki.

Justeru, Astro dengan kerjasama produksi Vision Works ingin melakar inisiatif baharu dengan menganjurkan pertandingan ‘Miss Lawak’ sebagai usaha bagi mencari pelapis pelawak wanita angkatan baharu yang berilmu menerusi platform dan bimbingan yang disediakan. “

– Namanzee Harris, Ketua Strategi Kandungan Komedi Astro

Menerusi ‘Miss Lawak’, peserta diberi kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus membuktikan keberkesanan bakat yang mereka miliki, bukan sekadar tempelan untuk memeriahkan industri semata-mata.

Miss Lawak

TRIVIA MENGENAI MISS LAWAK

  1. Saluran Astro Warna telah bekerjasama dengan produksi Vision Worksuntuk menjayakan penerbitan MISS LAWAK musim yang pertama.
  • Pengarah, pelakon, pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki yang juga merupakan Penerbit Eksekutif mewakili produksi Vision Works telah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi pentas ‘Miss Lawak’ selaku pengacara program.
  • Selebriti popular, Datuk AC Mizal dan Erra Fazirapula telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk mengadili pertandingan ‘Miss Lawak’. 
  • Sementara itu, seorang juri jemputan juga turut diundang khassecara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para peserta. Antara juri jemputan yang memeriahkan penerbitan ‘Miss Lawak’ musim ini termasuklah Ako Mustapha, Adibah Noor, Sharifah Shahira dan Jihan Muse.
  • Kesemua juri bakal menilai para peserta berdasarkan keaslian idea asal dan kreativiti, teknik penyampaian lawak dan persembahan serta kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan.
  • Peserta juga akan diberi cabaran berbeza setiap minggu berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Antaranya termasuklah komediri atau ‘stand up comedy’, sketsa atau drama, pengacaraan, permainan improvisasi dan lagu komedi.
  • Bagi merancakkan lagi penganjuran musim ini, setiap peserta akan ditempatkan bersama di sebuah ‘bootcamp’ untuk sesi suai kenal dan persediaan awal sebelum bermulanya pertandingan tersebut. 
  • Salah seorang peserta, Joanne Kam Poh Pohmerupakan antara pelawak wanita yang cukup disegani dalam dalam bidang komedi ‘stand up’ dan pernah digelar sebagai Ratu Komedi Malaysia di kalangan penggemar skop genre tersebut. Beliau juga sudah lama aktif dalam bidang ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.
  • Manakala Sharmaine Othman pula merupakan anak kepada sutradara terkenal Othman Hafsham yang sudah mula menceburkan diri dalam bidang komedi ‘stand up’ sejak tahun 2011.
  1. Cucu kepada lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Najua Nasir juga turut terpilih untuk menyertai musim pertama pertandingan ‘Miss Lawak’.
  1. Kak Girl yang tular di laman media sosial dengan aksi menghiburkan menerusi siri video parodi ‘lip sync’ sambil menari dalam kereta yang dipandu suaminya juga bakal memberikan saingan sengit dalam pertandingan ini.
  1. Juara ‘Miss Lawak’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000sumbangan Astro. Sang juara juga secara automatik berjaya menempah tempat untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim terbaharu kelak.
  • Penerbitan ‘Miss Lawak’ turut disokong oleh Zon Lawak selaku Rakan Digital Rasmi. Manakala GEGAR pula sebagai Rakan Radio Rasmi.
Miss Lawak

Senarai Peserta MISS LAWAK

Seramai 18 peserta wanitabakal bersaing di pentas utama ‘Miss Lawak’ selama sembilan minggu untuk musim yang pertama.Kesemua peserta telah dipilih menerusi saringan ketat di sebuah sesi uji bakat terbuka yang berlangsung pada 9 dan 10 Februari lalu di Kuala Lumpur.

SENARAI PENUH PESERTA

  1. FILZAH 

Filzah Binti Azmi, 30, Sarawak

  • KAK GIRL

Nur Amira Binti Maslan, 30, Johor 

  • MEERA

Zamrus Amira Binti Shuib, 29, Pahang

  • AIN SUFIA

Nurul Ain Binti Othman, 32, N9

  • RINA

Syazrah Arinah Abdul Salam, 33, KL

  • WAN

Zuniah Binti Yunus, 54, Pahang

  • SHAMAINE OTHMAN

Sharmaine Binti Othman, 36, KL

  • TASHA HAMZAH

Nornatasha Binti Hamzah, 26, KL

  • KAK LIZ

Mazzliza Meor Abbas, 34, Selangor

  1. EYYA

Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini, 23, KL

  1. LEYLA KRISYA

Nurul Hidayah Binti Ishak, 29, KL

  1. EQA AYAMOR

Nur Syafiqah Binti Roslan, 29, Melaka

  1. JOANNE KAM

Kam Poh Poh, 47, Kuala Lumpur

  1. NAJUA P. RAMLEE

Najua Binti Nasir, 33, Kuala Lumpur

  1. MANJA

Manja Binti Khairuddin, 22, KL

  1. CHRISY WU

Ng Zuan Ping, 30, Kuala Lumpur

  1. KANMANI

Kanmani A/P Adimoolom, 41, KL

  1. PINKY

Nurzaima Binti Husain, 27, Selangor

Miss Lawak

INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM MISS LAWAK

Rakaman program ‘Miss Lawak’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 9 buah episoddan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 6 Mac 2019 secara eksklusif di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Untuk pilihan yang fleksibel, drama ‘Miss Lawak’ juga turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Godan perkhidmatan ‘on demand’.

Miss Lawak
Miss Lawak
Miss Lawak
Miss Lawak
Miss Lawak
Miss Lawak
Miss Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Epik Kyrgyzstan, KURMANJAN DATKA, QUEEN OF THE MOUNTAINS Dalam Slot Layar Asia

Minggu Kanser Suria Dapat Sokongan Positif