in ,

Pengalaman Bertemu dengan Pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Nico Rosberg & Lewis Hamilton

Pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih matang. Seperti minggu lalu, banyak peristiwa dan kenangan manis Budiey lalui. Selain dapat ke Singapura untuk menemubual pelakon Hollywood iaitu Emma Stone, Andrew Garfield dan Jamie Foxx, Budiey juga berpeluang untuk bertemu dengan dua pemandu sensasi pasukan MERCEDES AMG PETRONAS yang disegani masa kini, siapa lagi kalau bukan Nico Rosberg dan Lewis Hamilton. Terima kasih buat PETRONAS Dagangan Berhad atas jemputan yang cukup bermakna ini.

Pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih matang. Seperti minggu lalu, banyak peristiwa dan kenangan manis Budiey lalui. Selain dapat ke Singapura untuk menemubual pelakon Hollywood iaitu Emma Stone, Andrew Garfield dan Jamie Foxx, Budiey juga berpeluang untuk bertemu dengan dua pemandu sensasi pasukan MERCEDES AMG PETRONAS yang disegani masa kini, siapa lagi kalau bukan Nico Rosberg dan Lewis Hamilton. Terima kasih buat PETRONAS Dagangan Berhad atas jemputan yang cukup bermakna ini.

PETRONAS

Beberapa hari sebelum berlangsungnya Grand Prix Formula1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix, Budiey diperkenalkan dengan permainan PETRONAS PRIMAX CHALLENGE di Facebook PETRONAS Brands. Syiok betul main permainan ni.

Sekurangnya, impian untuk jadi pelumba F1 dah tercapai walaupun hanya di dunia permainan komputer je. Dalam perlumbaan ini, Budiey diuji sejauh mana kita cekap mengawal kereta lumba F1. Dua peserta yang berjaya mengumpul markah paling banyak berpeluang untuk bermain dengan Nico Rosberg dan Lewis Hamilton. Cun lah!

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Setelah berhempas pulas menewaskan beberapa pemain yang mendapat mata tertinggi di Facebook, beberapa orang peserta yang berjaya ke pusingan kelayakan telah dijemput ke acara Meet & Greet Bersama Lewis Hamilton dan Nico Rosberg yang diadakan di Menara Berkembar PETRONAS pada 26 Mac jam 3 petang.

Punyalah Budiey berangan nak jadi driver Formula 1, tapi tidaklah selaju jaguh kebanggan PETRONAS yang semakin menyerlah dalam perlumbaan kali ini. Turut sama hadir menyertai perlumbaan ini ialah beberapa orang penulis blog dan peminat setia kedua-dua pelumba ini.

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Sebanyak dua pasukan telah berlumba antara satu sama lain dan Nico Rosberg telah berjaya menjadi juara bersama pasangannya, Kenny. Tahniah!

Selepas sesi perlumbaan, semua yang hadir berpeluang untuk beramah mesra dengan pelumba Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Tidak sah kalau tak berselfie dengan pelumba handalan ini. Bukan senang nak jumpa diorang ni.

Kemudian, selesai sesi bergambar, kami menjamu selera.

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Sesi ramah mesra berlangsung selepas itu dan kami juga dapat beramah mesra dengan Encik Raja Mazhar Mohar Bin Raja Tun Mohar yang merupakan orang penting dalam memastikan pengguna PETRONAS tersenyum lebar dengan layanan dan produk terbaik dari PETRONAS.

Alang-alang bertemu dengan Encik Raja Mazhar, kami pun merebut peluang untuk bertanyakan soalan yang bersarang dalam minda selama ini. Macam-macam soalan yang kami tanya, dari soal mutu prestasi PETRONAS sehinggalah perkembangan terkini. Lebih menarik, kami juga berpeluang berkongsi pengalaman dalam penggunaan PETRONAS Fuel dan pelincir PETRONAS PRIMAX & SYNTIUM. Kadang-kadang perkara ini kita ambil mudah. Budiey juga begitu, sebelum ni, tak nak ambil tahu pun pasal perkara ini walhal kita selalu singgah di stesen minyak PETRONAS untuk isi petrol. Kenalah tahu sikit sebanyak, ye tak?

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Fakta Menarik Tentang PETRONAS Primax & Syntium

Sememangnya, PETRONAS bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. Tidak hairanlah kalau Budiey katakan pengguna yang menggunakan PETRONAS meningkat setiap tahun. Ini dah cukup membuktikan kepada kita PETRONAS mementingkan mutu dan kualiti. Sebab itulah iala menjadi jenama pilihan nombor satu rakyat Malaysia. PETRONAS telah memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu dengan minyaknya adalah khusus untuk engin baharu pasukan pelumba Mercedes AMG PETRONAS.

Cakap pasal Mercedes AMG PETRONAS, semasa acara PETRONAS Demo Run, Budiey sempat menghadiri sidang media perlantikan Lewis Hamilton sebagai Perunding Prestasi Teknikal bagi rangkaian PETRONAS PRIMAX.

Budiey berpendapat, perlantikan ini sangat elok sekali terutama sekali untuk mempertingkatkan PETRONAS PRIMAX ke arah kecekapan dan prestasi yang lebih tinggi. Jadi, walaupun kita memandu dalam keadaan yang mencabar, kita masih lagi dapat mengawal prestasi. Lagi pun, pemilihan Lewis Hamilton sangat sesuai kerana ya lah, siapa yang tak kenal dengan Lewis Hamilton, beliau begitu berusaha mencapai kecemerlangan melalui pencapaian prestasi tahap tertinggi. Lewis Hamilton cukup komited sekali terutama sekali dalam berkongsikan pengalamannya bersama PETRONAS. Patutlah, petrol milik PETRONAS terbukti memiliki prestasi yang hebat.

Apa yang penting, keputusan kajian yang diperoleh itu akan dipindahkan dari litar lumba ke jalan raya untuk faedah para pemandu di Malaysia, betul tak? Beberapa rakan Budiey yang menjadi pengguna setia PETRONAS PRIMAX dan SYNTIUM melahirkan rasa puas hati kerana prestasi pemanduan. Bak kata mereka, sekarang ni memandu kereta sekarang ni tak ubah macam memandu kereta F1 je. Prestasi lancar sekali!

Budiey tidak mahu dikatakan ‘bias’ dalam soal ini. Cuma, kalau kita tengok sendiri pengalaman pengguna dari dulu sampai sekarang, PETRONAS sentiasa mencari jalan yang terbaik dan mencuba formula untuk menjamin kehidupan kita lebih efektif dan semakin maju selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Ye lah, dunia makin canggih dan makin berkembang, jadi, nak tak nak, PETRONAS perlu ada sistem dan juga satu badan yang mengkaji keberkesanan untuk teknologi pada masa depan. Itu hanya pendapat Budiey sahaja. Bagi korang macamana pula? Apakah yang PETRONAS perlu jalankan untuk mempertingkatkan mutu dan prestasi serta keberkesanan produk?

Sesiapa pun tak dapat nafikan, penggunaan minyak dan pelincir PETRONAS dapat menjimat dan menjaga kereta kita. Kalau tak percaya, anda sendiri boleh cuba untuk menggunakan pilihan minyak nombor 1, minyak PETRONAS PRIMAX. Haa… anda boleh dapatkannya di lebih 1,000 buah stesen PETRONAS di seluruh negara. Ia memberikan kecekapan petrol yang lebih tinggi untuk prestasi optimum. Ini bermakna, ia cukup menjimatkan dalam pemanduan, lebih berkuasa dan berprestasi unggul.

PETRONAS PRIMAX dihasilkan dari inovasi melalui PETRONAS Fluid Technology Solutions (FTS). Kalau anda nak tahu, FTS ni cukup pakar untuk merumuskan keperluan bendalir automotif terkini yang memaksimumkan prestasi enjin.

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Minyak petrol PETRONAS PRIMAX ini hasil pembangunan daripada teknologi F1. Kalau tak silap Budiey, peraturan terbaru dalam F1 sekarang ini menjadikan sukan permotoran hampir setara dengan kenderaan di jalan raya. Fakta yang Budiey perolehi, jumlah minyak yang dibenarkan untuk F1 ini antara 150 liter pada tahun 2013, kemudian telah dikurangkan ke 100 liter pada tahun 2014. Kiranya macam mana kita tengok teknologi F1 yang canggih tu diserap dalam minyak terbaru ini untuk kenderaan biasa. Ini bermakna, kebanyakan kemajuan yang dicapai adalah mudah untuk disesuaikan dengan enjin kereta biasa. Jadi dengan rasa enjin yang lebih lancar dan dapat mengubah gaya pemanduan kita dengan lebih selamat.

Budiey rasa, sebagai peneraju industri dengan macam-macam produk yang inovatif, PETRONAS perlu menetapkan tanda aras yang tinggi. Ini adalah untuk menjadikan PETRONAS sebagai syarikat yang disegani dan mendapat kepercayaan penggunaan 100%.

Kualiti dalam PETRONAS PRIMAX ni memang tak dinafikan lagi sebab ianya mempunyai pakej bahan api berbilang fungsi dan memberi tindakan pembakaran yang cekap dalam menurangkan geseran dan mencapai prestasi maksimum. Itu sebablah minyak PETRONAS menjadi pembekal utama untuk semua pasukan F1 yang menggunakan enjin Mercedes. Ohsem kan?

Selain itu kemajuan dalam prestasi, Budiey melihat PETRONAS mementingkan keselesaan buat pengguna. Terbukti, semua pelanggan gembira dengan kempen Coffee Break di musim perayaan dan juga penyediaan ATM yang cukup selamat di semua stesen. Budiey harap, PETRONAS menyediakan WiFi percuma di setiap stesen minyak PETRONAS. Bukan senang untuk Budiey berhenti sekejap kemaskini blog sambil mengisi minyak.

Pertemuan pada petang itu cukup bermakna. Budiey pulang rumah dengan satu semangat mahu menjadi lebih maju seperti PETRONAS. Pemacu prestasi yang dipercayai dan terus meningkat setiap tahun.

Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS
Meet n Greet Nico Rosberg Lewis Hamilton PETRONAS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

E! Presents Fashion Police The 2014 MTV Movie Awards

Ulasan Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur