Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi kelahiran Brunei, Fakhrul Razi yang telah memenangi Komentator Pria Terpopuler di D’Academy Asia 2015. Pilihan dibuat berdasarkan undian dari peminat. Tidak dapat dinafikan, jumlah pengikut beliau di Instagram dan Facebook juga telah bertambah sehingga mencecah 500ribu pengikut. Setakat ini dah 440K, tak mustahil akan terus meningkat lagi. Tahniah Fakhrul.
Memetik kenyataan beliau di Facebook:
Syukur Alhamdulillah. Saya datang jauh dari Brunei. Seorang yang amat kerdil tetapi berkali – kali berusaha untuk menaiktaraf nilai diri dalam penglibatan saya dimuzik industry bukan saja di Brunei , malahan di segenap NUSANTARA. Walaupun ini bukan anugerah penghargaan yang memfokuskan tentang muzik, tetapi bagi saya ini juga merupakan anugerah yang amat luar biasa nilainya : kecondrongan masyarakat Indonesia menghargai kehadiran saya dan menghargai pendapat saya tentang muzik. Akan saya jadikan ini sebagai pondasi ( foundation ) karir saya sebagai penyanyi yang tidak pernah kenal erti menyerah. Kesabaran amat penting apabila anda memilih untuk terlibat dalam industry ini.
Saya percaya bahawa redha dan doa orang tua sayalah yang mentertibkan perjalanan hidup saya dengan baiknya hingga berlabuh dimuara yang paling besar yang pernah saya temui didalam perlayaran ini.
I want to thank my friends who I have considered them as my family. Didalam hidup ini saya tidak menginginkan apa apa selain daripada kejujuran dari diri saya sendiri untuk terus berjaya. Saya sudah berkorban banyak waktu , tenaga, idea , nafas, airmata dan wang ringgit serta meninggalkan kampung halaman untuk berkesenian kerana Allah.
Walau apapun, menurut saya, ini Merupakan satu permulaan yang bagus bagi satu pelayaran yang amat luar biasa. 2016… I am ready for you.
Tahniah sekali lagi dari Budiey.com. Semoga Fakhrul Razi terus sukses!