Bersama-sama Fakhri Shafiq ketahui tentang rawatan menggunakan ramuan rahsia yang digunakan dalam masakan dan bidang perubatan yang dapat menyihatkan badan manusia menerusi program terbaharu, “Ramuan Rahsiaâ€Â yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Februari ini, setiap Rabu dan khamis, pukul 11.05 pagi di TV1.
Kembara ke seluruh semenanjung Malaysia dalam13 episod program ini mengetengahkan individu yang sudah berumur namun masih sihat dan boleh bekerja dalam bidang tertentu. Menariknya penonton dijajikan info tanaman atau pokok tertentu yang boleh digunakan sebagai herba. Selain itu, Chef akan mengesyorkan resipi rahsia bagi dua jenis masakan dalam setiap episod.
Ketahui perkongsian penggunaan 13 jenis herba yang boleh diberikan kepada haiwan peliharaan yang cedera atau memiliki penyakit dalam setiap episod siarannya. Antaranya bersama-sama tetamu Osman Ahmad, seorang yang membela kambing berkongsi tentang penggunaan herba untuk mengubati kaki kambing yang tercedera.
Episod berikutnya menemubual pengusaha/pengurus Semeliang Agro Farm (sejenis daun dapat mengubati penyakit sakit tekak bagi ayam dan burung), tentang monyet kecil iaitu Marmoset (makan kacang untuk menguatkan giginya), dan mengubati penyakit cirit-birit bagi kuda.Â
Dalam usia yang sudah dikategorikan warga emas, individu ini mampu menguruskan kerjaya yang diamanahkan kepadanya. Mereka termasuklah Mamat Maarof (mengendalikan ladang kelapa sawit dan menternak lembu, Izhar (penternakan lebah untuk mendapat madu kelulut), Ramlah @ Opah Bidan (tukang urut), Rohani Longuet Abdullah (warga Perancis tinggal di Malaysia selama 74 tahun yang masih dapat menjaga kesihatan badannya dengan baik), Sharifah Fatimah, 70 tahun, (pemetik pisang mentah), juga Subramaniam yang masih sihat dan boleh bekerja keras lagi.Â
Selain itu, hos berkesempatan menemubual Wong Ah Huat, 80 tahun tetapi masih boleh bekerja sebagai seorang pembaiki kereta, dan Kadir Haji Yusof berkongsi berpengalaman dalam bidang perkebunan selama 40 tahun tentang cara menanam pokok bermula dengan tanam benih, menyemburkan tanah dengan sisa-sisa haiwan, dan perkahwinan spesies pokok. Beliau turut berkongsi khasiat daun Pokok Bendara dapat merawat penyakit strok.
Selain itu, hos juga mengunjungi seorang warga emas, Adam Othman menerangkan fungsi pokok mata ayam di mana buahnya boleh dimakan dan boleh digunakan sebagai perubatan untuk wanita bersalin serta dapat merawati penyakit cirit-birit.
Sementara itu, herba yang dapat mengubati penyakit dikongsikan oleh Shamsiah Shamsudin @ Mak Teh menanam beberapa jenis pokok tumbuhan yang digunakan sebagai herba perubatan untuk mengubati strok dan kaki terseliuh, Tuan Khalid tentang pokok bayam garam, pokok hangdoman (berkhasiat untuk kesihatan badan manusia), cendawan (menguatkan gigi dan tulang serta dapat mengurangkan berat badan). Selain itu, Encik Mazlan Hashim, pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan ramuan herba-herba sebagai ubat untuk merawat luka yang serius.
Raja Sayuti Raja Salleh menerangkan tentang cara menanam pokok hempedu bumi (mengatasi penyakit kencing manis), pokok duri tujuh dan pokok duri sembilan (rawatan apabila terseliuh), pokok Harum Manis disyorkan oleh Profesor Dr. Muhammad Sharhabil (anti-oksigen, mencegah kanser dan mengekalkan kulit yang baik), pokok pecah beling, dan pokok sembuluh.
Bersama-sama Adnan Kasim menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit demam juga fungsi mangga mencegah kanser, merendahkan kolesterol dan menyihatkan kulit turut dikongsikan bersama-sama dengan penonton.
Penonton diajak mencuba resipi berkhasiat dengan mengundang beberapa orang chef termasuklah Chef Hanis mengesyorkan resipi rahsia kepada penonton, iaitu Asam Pedas Ikan Haruan, Belimbing Buluh serta orange jus, Nasi Goreng Ulam, dan Cucur Ulam Cekor. Menurut Chef Hanis, halia berfungsi membuangkan angin di dalam badan dan dapat melancarkan pengedaran darah.
Variasi hidangan disediakan Chef Miny Ghazy termasuklah Gulai Lemak Pucuk Kandis dan apple jus, Jus Timun dan Nanas serta Ikan Singgang Masak Manis. Menurut Chef Miny Ghazy, nanas dapat merendahkan tekanan darah, menyihatkan kulit dan membunuh bakteria. Bersama-sama Hana Lutfi, dia mengesyorkan hidangan Siput Baruh Masak Lemak dan Jus Kunyit Madu yang berkhasiat kepada penonton.
Episod bersama-sama Chef Tarmizi dan Chef Nicole memasak Ketam Lemak Kaduk dan Teh Masala. Diteruskan episod mengundang Chef Tarmizi dan Chef Hakimi memperkenalkan dua jenis masakan kepada penonton, iaitu resepi Botok-Botok Laut dan Jamu Ulung. Menurut Chef Tarmizi, timun mempunyai khasiat yang lumayan iaitu dapat membuang toksin dalam badan dan mengekalkan mineral untuk kulit.
Tidak kurang menariknya resipi disediakan Chef Mohd Mazuan Yatim, mengesyorkan masakan Gulai Daging Salai dengan Cendawan Butang,Apple Mint Jus, Sengkuang Masak Lemak dan Jus Herba Sireh kepada penonton.
Tiga lagi chef iaitu Chef Intan Mazidah memperkenalkan Nasi Kerabu Ulam Herba dan Sirap Cinta Sihat, Chef Azly Roslan, menyediakan Ayam Halia Lemon dan Jus Lobak Madu serta Chef Mohd Iris memasak Tomyam Kelapa dan Jus Halia Madu.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.