Semasa sidang media Muzik Muzik Separuh Akhir minggu lalu, Faizal Tahir telah berterus terang kepada media yang dia tak berapa yakin untuk ke Anugerah Juara Lagu 25. Ini adalah kerana terlalu banyak lagu-lagu pencalonan yang lain semuanya best-best belaka. Tapi Budiey rasa, lagu-lagu FT pun tak kurang bestnya. Mungkin FT terlalu merendah diri kot. Bagus jugak tu, tak macam penyanyi lain yang begitu konfiden lagu mereka akan menang.
Memetik dari Portal GUA, penyanyi yang akan membawa 3 buah lagu pencalonan iaitu Adrenalin, Hanyut dan Selamat Malam ke Muzik Muzik Separuh Akhir itu merasakan lagu Drama King ciptaan Taja Meet Uncle Hussein ada peluang untuk menang sebab lagu ini sangat bagus dan FT sangat suka dengar. Seperti juga dengan lagu ciptaan Aizat dan Yuna, semuanya menjadikan separuh akhir kali ini sangat sengit.
Namun begitu, Faizal Tahir tak nafikan ketiga-tiga lagunya ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Segala keputusan adalah di tangan juri profesional. FT rasa teruja kerana setelah 4 tahun menunggu, akhirnya lagu rancaknya telah tercalon. Walaupun teruja, namun FT rasa kurang selesa sebab terpaksa menyanyi di giliran yang terakhir untuk ketiga-tiga pusingan separuh akhir. Menurut Faizal Tahir, dia lebih suka menyanyi di giliran paling awal sebab tak suka nak tunggu lama. Bila terpaksa tunggu lama membuatkan FT berfikir macam-macam. Ini akan menjejaskan tumpuannya.
Budiey: Betul ke ada konspirasi dalam pemilihan lagu-lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini?
Kepada pembaca dan peminat Faizal Tahir, nah Budiey telah pun meletakkan semua gambar Superman Malaysia yang diambil di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25. Harap korang berpuas hati.