Apa-apa yang berlaku, Budiey doakan Faizal Tahir cepat sembuh.
Panik seketika bila membaca ‘headline’ dalam KOSMO! hari ini – ‘Faizal Tahir masuk hospital kerana muntah darah’. Penyanyi “Mahakarya Cinta” itu dilaporkan dimasukkan ke hospital awal pagi semalam selepas mengalami kesakitan di dada.
Menurut pengurus MonkeyBone Edris Adrian yang dihubungi GUA tadi, doktor belum lagi memberikan diagnosis tentang keadaan Faizal tetapi pemeriksaan awal mendapati dia menghidap jangkitan kuman pada paru-paru (‘lung infection’).
“His condition is kind of serious but he’s recovering. At the same time, dia ‘frust’ juga sebab tak dapat membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik malam ini. Tempatnya akan diambil alih seorang artis di bawah MonkeyBone,” katanya yang telah menziarah Faizal pada Rabu lalu.
Lagu terbaru Faizal, “Bencinta” berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik. Sama ada ia akan layak ke Anugerah Juara Lagu akan diketahui malam ini.
Bercerita tentang apa yang berlaku, Edris memberitahu GUA, Faizal sudah mengadu sakit dada sejak tengah hari Selasa lalu. Tetapi kerana diingatkannya bukan sesuatu yang serius, dia teruskan dengan perancangan untuk merakam lagu di studio.
Namun, bila kesakitan itu berterusan, Faizal telah ke hospital pada malam itu juga untuk membuat pemeriksaan. Di sana, dia ditahan doktor yang ingin membuat pemeriksaan lanjut. Ketika di hospital, dia telah memuntahkan darah.
“Kepada para peminat Faizal, jangan bimbang. Dia sedang berehat dan dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Jika ada apa-apa perkembangan terbaru, kami akan memaklumkan semua,” ujar Edris. [sumber]