Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.
Faizal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.
“Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
“Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah.