Tahniah untuk Faizal Tahir kerana berjaya mengusung pulang dua buah trofi iaitu Album Terbaik dan Album Rock Terbaik.
“Syukur alhamdulillah. Saya sangat tak percaya. Terkejut sebab tak sangka langsung akan menang. Tahun ini persaingan amat sengit. Semua produk yang dicalonkan sangat bagus.”
Malam AIM17 bagi Faizal Tahir adalah untuk beliau dan peminatnya meraikan Malam Adrenalin. Adrenalin adalah album yang mendapat sentuhan daripada beberapa komposert terkenal seperti Audi Mok dan Ahmad Izham Omar ini sekali gus menutup kontroversi tentang kelayakannya menyertai anugerah berprestij ini.
“Saya terkejut dan sangat tidak menjangka akan memanangi anugerah ini. Malah saya menjangkakan Hujan akan memenanginya. Namun begitu saya bersyukur dan berterima kasih dengan orang di sekeliling saya yang banyak membantu.
“Adrenalin adalah hasil usaha dan kerja keras orang di sekeliling saya terutamanya orang-orang kuat di sebalik album ini, media, keluarga, dan peminat. Saya anggap kami sebagai sebuah keluarga.
“Album tersebut telah melepasi syarat kelayakkan untuk menyertai AIM 17 dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Ia diterbitkan dalam bentuk fizikal dan telah terlebih dahulu dijual secara digital.
“Memang sepatutnya Adrenalin dikeluarkan pada tahun lepas tetapi kerana masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan, ia terpaksa dipasarkan tahun ini.
“Banyak dugaan yang saya terpaksa tempuhi bagi menghasilkan Adrenalin termasuklah masalah kesihatan. Bagaimanapun, Alhamdulillah semuanya dilalui dengan tabah sehingga berjaya meraih kejayaan pada malam ini. Ia adalah tuah saya tahun ini,” kata Faizal yang ditemui pada sidang media selepas selesai AIM 17.
Adrenalin mengetepikan Allahu Rabbi (InTeam), Dayang Live (Dayang Nurfaizah) dan K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) melalui ketogori Album Terbaik. Manakala melalui Album Rock Terbaik ia turut menewaskan album Rasa (Flop Poppy), Mencari Konklusi (Hujan), Prolog 2009 (Maximus) dan Rasopariso (XPDC).
Semoga Faizal Tahir terus berkarya untuk menghasilkan yang terbaik.
Di red karpet, Faizal Tahir menggayakan fesyen rekaan Hazwani Osman. Sekali tengok macam Michael Jackson la pulak, kan.
Mempersembahkan lagu Selamat Malam. Penuh Penghayatan.