in

Faizal Ismail Lepas Gian Buat Show Sendiri di FB Live Guna Kamera Mevo

Dunia media penyiaran sekarang semakin moden dah. Makin lama kita dapat lihat perubahan yang sangat ketara. Media sosial mengambil alih sikit demi sedikit sehingga mempengaruhi kehidupan kita.

Sekarang ini, apa yang Budiey lihat, penyampai radio dah boleh bersiaran di rumah. Sebenarnya, dari dulu DJ Radio dah boleh lepas gian jadi DJ kat rumah atau kat mana-mana dengan menggunakan software dan aplikasi. Tapi sekarang ni, teknologi yang begitu canggih telah menyenangkan lagi kerja-kerja untuk menghiburkan pengikut di mana sahaja dan tak kira masa.

Seperti yang dibuat oleh bekas penyampai Hot FM iaitu Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI. Semalam, semasa Budiey nak tidur, adalah Budiey scroll news feed kat Facebook, ternampak Faizal Ismail tengah buat FB Live dengan menggunakan kamera Mevo. Wah! Ini bukan sebarang FB Live sebab FBI seolah ada show sendiri di Facebook.

Faizal Ismail FB LIVE

Beliau memang terkenal dengan gelagat yang sangat sempoi dan boleh buat lawak secara spontan. FBI juga turut membaca komen dan membalas komen secara langsung di FB. Ada yang berkaraoke, ada yang meluahkan perasaan dan macam-macam lagilah kerenah pendengar. FBI layan je semua.

Budiey lihat ada la lebih 200 orang yang menonton semalam. Sehingga pagi ini video ini telah ditonton sebanyak 44,800 viewers.

Budiey sempat layan sebelum melelapkan mata semalam dan FBI begitu seronok melayan permintaan pelayar Facebook yang mahu meminta lagu. FBI juga turut memberi peluang kepada semua untuk menghubungi beliau dengan menyediakan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Mungkin selepas ini, FBI boleh menjemput beberapa orang selebriti untuk menjadi tamu. Walaupun dah dua kali buat FB Live macam ni, Budiey rasa, FBI patut menamakan show beliau dengan nama yang sempoi dan kita harapkan FBI konsisten menghiburkan peminat di laman sosial macam ni.

Tahniah FBI, sekurang-kurangnya rindu peminat akan terubat dengan FB Live menggunakan kamera Mevo ini. Antara keistimewaan menggunakan kamera ini, FBI tak payah lagi menggunakan jurukamera sebab di Mevo dah ada setting untuk fokus kepada wajah dan zoom in serta zoom out. Pendek kata memang canggihlah kamera ini. Harganya taklah mahal, rasanya dalam RM1,400 macam tu la.

Kalau Budiey buat FB Live menggunakan kamera Mevo ni, ada yang nak layan tak?

Faizal Ismail FB LIVE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Tayang Filem BRIGHT Lakonan Will Smith

Minggu Pertama Sebagai Penanda Aras Pentas Da’i Musim Kelima