Sebaliknya, Faizal Hussein mengekalkan kecergasan dengan melakukan riadah di rumah menggunakan dumbel. Faizal mengangkat dumbel sebanyak 100 hingga 300 kali setiap hari sebagai persediaan untuk melakukan aksi sendiri, terutama dalam projek-projek yang memerlukan kecergasan dan ketangkasan.
“Jika ada projek yang memerlukan saya bergaduh dengan lapan orang penjahat contohnya, saya akan lakukan senaman sebagai persediaan untuk kekal fit. Saya tidak pernah pergi gim seumur hidup, hanya angkat dumbel sahaja,”
– Faizal Hussein
Faizal juga berkongsi rahsia kecergasannya yang lain, iaitu menjaga kuantiti nasi yang dimakannya. Baginya, cara kekal sihat adalah dengan tidak menambah nasi selepas makan. Meskipun dulu isterinya merajuk kerana dia tidak tambah nasi, namun Faizal yakin bahawa ini adalah langkah yang penting untuk mengekang nafsu dan menjaga kesihatan.
“Saya tidak akan menambah nasi selepas makan. Itulah yang saya amalkan untuk lawan nafsu,” katanya. Meskipun Faizal bersyukur masih diberi peluang melakonkan aksi sendiri pada usia sekarang, dia mengingatkan pelakon-pelakon lain untuk mengenali kemampuan masing-masing dan tidak melampaui batas keselamatan diri.
– Faizal Hussein
“Sejujurnya saya lebih gembira melakonkan babak aksi sendiri walaupun pihak produksi menasihati guna pelakon lagak ngeri. Pelakon kena tahu tahap kemampuan diri mereka,”
Pada tahun 2024, Faizal akan tampil sebagai watak utama dalam naskhah drama bersiri seram bersama Astro Citra, yang mengisahkan tentang seseorang yang mati hidup kembali. Drama tersebut dijangkakan akan menemui penonton pada tahun ini.