Koleksi yang dinamakan Colours of Unity menerusi jenama ready-to-wear FR Blue Label itu mengangkat tema Batik berteknik Tie Dye yang menginspirasikan warna-warna Jalur Gemilang sebagai salah satu asas koleksi ini.
Berteraskan identiti klasik dan vintaj jenama yang menjadi tunggak kreativitinya, Fairuz tetap mengekalkan elemen tersebut untuk koleksi ini. Aplikasi teknik batik ini dipilih untuk meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke 62 ini bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan generasi muda masa kini akan pentingnya warisan dan budaya negara melalui fesyen.
Turut relevan dengan sambutan Hari Malaysa tidak lama lagi, Colours of Unity juga dianggap satu koleksi yang unik untuk menzahirkan semangat patriotik di kalangan mereka selain cukup trendy untuk digayakan.
Batik Tie Dye ini juga berobjektif untuk memperlihatkan hasil kerja batik yang sebenar. Setiap helaian yang dibuat menuruti proses ikatan dan warna yang sangat teliti. Sememangnya koleksi Colours of Unity ini sangat teliti dan rapi, dibuat dengan kerja tangan sepenuhnya dan bukan hasil cetakan digital atau mesin. Ini menambahkan lagi nilai estetika yang tinggi kepada si pemakai.
Sebagai pereka busana yang peka dengan perubahan lanskap fesyen yang pantas, Batik Tie Dye dikira paling tepat untuk digarap sebagai koleksi bila melihatkan trend batik tie die ini diperkenalkan kepada masyarakat khususnya golongan muda yang lebih segar dan urban.
Menariknya, jika sebelum ini Fairuz Ramdan lebih dikenali sebagai pereka untuk pakaian lelaki, namun dengan hadirnya Colors of Unity, persepsi itu bakal berubah apabila ianya boleh digayakan oleh semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, segenap lapisan umur.
Malah dek versatilitinya koleksi ini, ia boleh digayakan bukan sahaja di bulan penuh bersejarah ini, malah melalui koleksi FR Blue Label ini ianya akan relevan sepanjang masa.
Bakal menemui pencinta fesyen di pasaran pada 28 Ogos 2019 melalui laman sosial dan sesawang butik Fairuz Ramdan, koleksi Colours of Unity dijangka akan menerima sambutan hangat dengan harga yang bermula RM95.00 sahaja. Jangan lupa untuk beri #FRcolorsofunity dalam kempen OOTD nanti!
Mengenai Fairuz Ramdan
Sejak kecil pereka fesyen kelahiran Scotland ini memiliki bakat dalam aplikasi jahitan dan rekaan. Berpindah pulang ke Malaysia pada usia 14 tahun, minatnya terhadap seni jahitan dan rekaan mula terserlah apabila diminta rakannya untuk mengolah pakaian ketika di bangku sekolah. Seterusnya dia melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen di Universiti Reknologi Mara untuk mengembangkan lagi bakatnya. Pada November 2011, buat julung kalinya dia mengorak langkah dengan memperkenalkan rangkaian koleksi jenama Fairuz Ramdan di Malaysia International Fashion Week (MIFA 2011)
Terkini dia memiliki 7 buah butik di seluruh negara selain sering berkolaborasi dengan pihak lain untuk pelbagai kempen serta promosi selain menjadi pereka pilihan bagi para selebriti tanah air.
Bintangnya semakin bersinar apabila dianugerahkann Mercedes Benz Stylo 2013 Promising Designer of the Industry, seterusnya juga telah memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa yang lain. Malah hingga ke hari ini, budaya fesyen urban dan klasiknya terus menjadi kegilaan para peminat dan penggaya fesyen tempatan.