Berita pemergian arwah cukup mengejutkan ramai pengikutnya dan disahkan abang arwah, Ruzaidi Misran di Facebook.
Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.
Setakat ini, punca pemergian arwah masih tidak didedahkan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.