Memiliki vokal seiras seperti penyanyi dari seberang iaitu Cakra Khan ini telah menarik minat CEO KRU Music iaitu Dato’ Norman Abd Halim untuk menandatangani beliau sebagai artis rakaman dibawah naungan KRU Music. Penyanyi berusia 27 tahun ini muncul dengan single sulung berjudul Cintamu Kekuatanku yang dilancarkan pada tahun lalu, kini Fai Ramli kembali dengan single kedua berjudul Lagu Rindu yang telah dilancarkan di saluran YouTube KRU Music dan seluruh platform digital pada 19 Mac 2021. “Lagu Rindu” ini adalah hasil ciptaan Neo sepenuhnya dan susunan lagunya telah dibuat dan diadunkan oleh Edry Abdul Halim di Manchester, England.
Pada 19 Mac 2021, klip audio rasmi ”Lagu Rindu” telah dimuat-naik secara rasmi di rangkaian ’YouTube’ KRU Music dan seluruh platform digital
Lagu Rindu
Artist : Fai Ramli Composer/Lyricist : NEO
Lirik:
Teman-teman sering berkata
Ku hanya perlukan masa
Namun hanya tuhan yang tahu
Rasa terpahat didada
Sejak kau pergi daku meratapi
Walau seolah tak endah
Sebenar-benarnya ku rebah
Tak mampu lagi pendam di hati
Ku harap kau masih ingat
Segala janji yang tersemat
Aku rindu suaramu bak bayu
Ku rindu tenungan matamu nan ayu
Ku rindu bila kau sandar dibahuku
Ku rindu mu setiap waktu
Kembalilah sayang
Aku rindu bila berjauhan
Bercanda ditalian bawah rembulan
Ku rindu ucapanmu penuh perasaan
Rindu dengar lagu rindu
Kembalilah sayang maafkan
Sejak kau pergi daku meratapi
Mana saja perjalanan
Mengibau kembali kenangan
Tak mampu lagi pendam di hati
Ku harap kau masih ingat
Kehangatan setiap saat
Aku rindu suaramu bak bayu
Ku rindu tenungan matamu nan ayu
Ku rindu bila kau sandar dibahuku
Ku rindu mu setiap waktu
Kembalilah sayang
Aku rindu bila berjauhan
Bercanda ditalian bawah rembulan
Ku rindu ucapanmu penuh perasaan
Rindu dengar lagu rindu
Kembalilah sayang maafkan
Ku rindu tenungan matamu nan ayu
Ku rindu bila kau sandar dibahuku
Ku rindu mu setiap waktu
Kembalilah sayang
Aku rindu bila berjauhan
Bercanda ditalian bawah rembulan
Ku rindu ucapanmu penuh perasaan
Rindu dengar lagu rindu
Kembalilah sayang maafkan