Namun begitu, dalam tempoh 5 minit suara lunak Fai berjaya menarik minat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak rakaman kepada beliau. Percubaan pertamanya untuk menjejakkan kaki di dalam industri muzik adalah dengan berbekalkan lagu bertajuk “Cintamu Kekuantanku” yang dicipta oleh Neo dan diterbitkan oleh Bajai.
“Cintamu Kekuatanku” menceritakan tentang erti percintaan sebenar yang menjadi pemangkin atau kekuatan dalam sesebuah perhubungan. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.
Di dalam video ini diandaikan tentang sebuah pasangan bahagia yang mula jatuh cinta dari seusia muda hingga berjaya ke ambang perkahwinan. Namun rahsia yang tersirat dan pengorbanan mereka menempuhi dugaan jugalah yang memberi kekuatan demi meneruskan kehidupan.
Lagu ini juga berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Fai Ramli. Kenyataan ini disokong kuat oleh Dato’ Norman sendiri,
“Lagu ini sememangnya dicipta khas untuk Fai bersesuaian dengan “vocal range” beliau.
Dengan bakat yang ada, saya berharap Fai akan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanahair.
Lagu ini juga amat dramatik dan sesuai jika dijadikan lagu tema bagi drama bersiri.”
– Fai Ramli
Lagu “Cintamu Kekuatanku” boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian.
LIRIK LAGU CINTAMU KEKUATANKU
Artis: Fai Ramli
Tajuk: Cintamu Kekuatanku
Label: KRU Music
Komposer & Lirik Penerbit Lagu: Neo & Bajai
Malam makin kelam
Mawar makin layu
Seolah tiada harapan Namun Tuhan ‘kan tentukan Doa suci kita
Pertahankan cinta
Yang penuh ombak gelora Berdua di bahtera
Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku
Andai aku rebah Janganlah kau rayu Teruskan kehidupanmu Terus doa untukku
Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku
Ku ikhtiar sekuat upaya Melawan arus yang melanda
Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku
Hanya dirimu erti hidupku Tanpamu aku layu
Kerna cintamu kekuatanku