in ,

Fahrin Ahmad Teruja Dengan Peraduan Percutian ke Barcelona

Sepak Mula kepada Kerjasama Kemenangan Tahun ini! Ambi Pur dan FC Barcelona berganding bahu sebagai Rakan Kerjasama Serantau di Asia Tenggara membawakan Wangian Kemenangan

Jenama penyegar udara Ambi Pur dan FC Barcelona telah mengumumkan perjanjian tajaan serantau mereka di Kuala Lumpur hari ini. Kerjasama ini akan diaktifkan di 6 buah negara Asia Timur dan Asia Tenggara: Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Untitled

Sidang akhbar untuk kerjasama ini diadakan di Marble 8 Bar & Prive, KL, dan dihadiri oleh Xavier Asensi, Pengarah Urusan Asia-Pasifik bagi pihak FC Barcelona. Mewakili Ambi Pur pula ialah Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia dan Singapura, serta Zulfiqar Mahar, Penolong Pengarah Air Care Procter & Gamble International Operations. Turut hadir ialah Harith Iskandar, pelawak selebriti Malaysia; Fahrin Ahmad, personaliti TV dan hos sukan di Malaysia serta Ibnu Jamil, selebriti dan pengulas sukan Indonesia.

Penolong Pengarah Jenama Ambi Pur, Zulfiqar Mahar mengulas tentang kerjasama tersebut, “Kami bangga Ambi Pur kini berkembang menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai di dunia; dan kami amat teruja dengan gabungan dua jenama terulung ini, yang berkongsi nilai-nilai sama dan saling menekankan pencapaian tinggi. Kami ingin memberi satu nafas baru kepada penyokong-penyokong kami dan sentiasa berusaha menyalurkan pengalaman ini kepada lebih ramai pengguna melalui minat mereka bersama.”

Untitled

Mahar menambah, “Kerjasama bersama FCB adalah seiring dengan jenama Ambi Pur, kerana bolasepak, peluh, dan masa memandu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Melalui kerjasama dengan FC Barcelona ini, kami bukan hanya membawa kesegaran jenama Pewangi Kereta No. 1 Dunia kepada Pasukan Bolasepak No. 1 Dunia; tetapi kami turut membawa kesegaran dan tumpuan yang sama kepada pengguna kereta dan peminat sukan di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara.”

Ambi Pur dan FC Barcelona merasmikan pelancaran ‘Kerjasama Kemenangan Tahun ini’ dengan penyerahan rasmi jersi FC Barcelona dengan tulisan Ambi Pur bernombor 1, menandakan kerjasama dua Jenama No 1 Dunia.

Xavier Asensi, Pengarah Urusan FC Barcelona Asia Pasifik mengulas, “Sebagai Pewangi Kereta No 1 Dunia, Ambi Pur di prestasi tahap tertinggi dan amat sesuai sebagai rakan kerjasama bagi FCB. Kami amat gembira perjanjian ini akan memperluaskan kerjasama serantau kami dengan Procter & Gamble. Kami yakin kerjasama baru ini adalah detik permulaan perjalanan jauh yang akan berjaya membawa pasukan FCB lebih dekat dengan penyokong kami di rantau ini, dengan masih menampilkan wangian segar yang pasukan kami nikmati tiap hari”

Pendapat ini diulang oleh Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Negara P&G untuk Singapura, Malaysia & Brunei. “Rakan-rakan kerjasama kami memainkan peranan penting untuk perkembangan kami sebagai satu jenama, dan menguatkan hubungan dan pertalian kami dengan pengguna-pengguna kami. Memahami nilai-nilai dan minat pengguna kami membenarkan pihak kami mencipta pelbagai produk yang sesuai dengan kehidupan harian mereka.”

Usahasama baru ini juga mengumumkan ‘Peraduan Menangi Percutian ke Barcelona’ dengan permainan ‘Tendangan Penalti Bau Busuk’ dimana penyokong-penyokong boleh beradu untuk memenangi barangan eksklusif dan hadiah utama iaitu percutian ke Camp Nou, Barcelona. Peminat bolasepak boleh mengalami permainan ini melalui Pameran Jelajah yang bakal dilancarkan pada bulan Disember dengan Bas Jelajah Ambi Pur + FC Barcelona yang akan berkunjung ke kedai-kedai terpilih dari 30hb Nov – 27hb Dis.

Untitled

Menyalurkan semangat kemenangan FC Barcelona, pemandu-pemandu kereta boleh mengatasi bau busuk dengan Ambi-Pur – satu-satunya pewangi kereta yang pasti menghapuskan bau peluh bermain bolasepak dan apa-apa bauan busuk yang berkekalan.

Ikuti bas jelajah kami dan ambil bahagian dengan membeli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Car dengan satu resit dan SMS ke 016 336 1301 untuk menang (No Resit, Nama, No. IC + penuhkan slogan dengan tidak kurang dari 30 perkataan “Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalan kami ke arah kejayaan kerana …”). Terma dan syarat penuh di www.facebook.com/AmbiPurMY

Tentang Procter & Gamble

P&G berkhidmat pada semua pengguna kami di seluruh dunia dengan kekuatan portfolio kami untuk kepercayaan, kualiti dan jenama-jenama ulung termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, and Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di 70 negara seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G dan jenama-jenamanya

Tentang FC Barcelona

FC Barcelona di tubuhkan pada 29 November 1899 hasil inisiatif seorang lelaki Swiss bernama Hans Maximilian Gamper, lebih dikenali sebagai Joan Gamper. Sejak penubuhannya, kelab tersebut telah melantik 46 orang presiden. Dari Walter Wild ke Josep Maria Bartomeu, Barca telah berkembang menjadi fenomena dunia yang melangkaui pemahaman biasa sukan bolasepak. Kelab ini telah berkembang sekaligus dengan bandar tempat asalnya, dan telah melambangkan Barcelona dan Catalonia di seluruh dunia.

FC Barcelona adalah salah satu dari kelab bola sepak dengan keahlian di seluruh dunia dan kejayaannya juga menjadikannya antara kelab bolasepak yang terulung. Kemenangan-kemenangannya dan pemain-pemainnya yang masih disanjung (Kubala, Cruyff, Maradona, Romário, Rivaldo, Ronaldinho, Messi, dan ramai lagi) menjadi dasar penting bagi warisan Barça. Tetapi ia tidak mungkin lebih dari nota sejarah jika tidak bukan kerana reality masyarakatnya di sebalik tabir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keeping Up With The Kardashians Musim Ke-11

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Rujuk Semula Dengan Peguam