Ketika Perlawanan Emosi FC dan Taming Sari FC di Melaka baru-baru ini, Fahrin sempat memberi komen tentang hubungan cintanya yang berantakan itu…
“Bagi saya jodoh seseorang manusia bukan hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi melibatkan dua insan. Jadi bila dia katakan saya ini sebagai ‘teman tapi mesra,’ maksudnya, kami tiada apa-apa hubungan. Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan pasal hubungan saya dan Linda. Cuma, kadang-kadang, bila terjadi situasi seperti ini saya ingin biarkan masa atau keadaan yang menjawab segala-galanya.”
Budiey kira komen Fahrin satu sinikal buat Linda di mana Fahrin menggambarkan Linda tidak pernah puas dan tidak ada matlamat dalam satu-satu hubungan:
“Manusia tidak pernah puas. Mereka tidak tahu apa yang diingini. Ada sesetengah individu yang sentiasa inginkan keseronokkan tanpa memikirkan apa tanggungjawab yang sepatutnya. Jika keseronokkan yang di cari, lebih baik jangan berkahwin.”
Budiey harap Fahrin carilah wanita yang lain yang lebih sesuai… Oh tak ye… bunyi cerita Fahrin dah mula rapat dengan seorang pelakon jelita Singapura, Rima, kan? Ok le tu! Patutlah orang tua kita ada pesan, jangan bercinta atau bertunang lama sangat… inilah jadinya!
Fahrin sekarang ini sedang sibuk menjalani pengambaran telemovie, Qasidah Untuk Laila, arahan sutradara Erma Fatima, Drama Tasbih Cinta, Nurkasih Di Jabal Rahmah dan Drama Layang-layang arahan Osman Ali.
Fahrin juga akan menjadi hos program dekorasi, Rumah Impian.