in , , ,

Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Julia Hana, Salina Saibi Dalam Slot Sinar Pelangi

SLOT SINAR PELANGI SEPANJANG RAMADHAN MEMBARISKAN DRAMA BERMESEJ DAN MENDIDIK MASYARAKAT.

Ramadhan Al-Mubarak menjengah lagi. Bulan beribadat di mana setiap umat Islam berlumba-lumba menggandakan ibadat bagi memperolehi ganjaran pahala dari Yang Maha Esa. Selain itu, umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan setrerusnya membaiki diri agar menjadi insan yang lebih beriman serta berbudi pekerti yang luhur. Sesungguhnya Allah s.w.t  telah menjanjikan 1001 rahmat juga maghfirah-Nya buat hamba-Nya yang benar-benar menghayati keindahan bulan cukup istimewa iaitu Ramadhan Al-Mubarak

Sepanjang Ramadhan kali ini RTM1 menghidangkan slot Sinar Pelangi yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad pada jam 11.05 pagi. Sebanyak lapan buah drama bermesej dan bisa mendidik masyarakat ke arah yang lebh positif terbitan Gemilang Network Sdn. Bhd. menanti para penonton setia RTM1. Antara tajuk menarik yang bakal disajikan kepada para penonton adalah seperti ‘Zakat’, ‘Cantik Bergaya’, ‘Almond London’, ‘Semua Baru’, Memeluk Maut’ , Nasi Basi’, ‘Buang Rezeki’ dan ‘Puasa Sulong’.  

Selain itu, slot Sinar Pelangi juga membariskan pelakon terbaik buat tatapan semua penonton. Antaranya, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Julia Hana, Roy Azman, Redzuan Hashim, Amyza Adnan, Aidil AF3, Liza Abdullah, Normah Damanhuri, Salina Saibi, Ozlyn Waty, Dilla Ahmad, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Dalam episod pembukaan pada 6 September (Sabtu), penonton dapat menyaksikan sebuah kisah bertajuk ‘Zakat’ mengenai dua orang rakan kongsi Jamil (Roy Azman) dan Azhan (Redzuan Hashim) yang membuka sebuah syarikat pembinaan. Jamil merupakan pemegang syer terbesar di dalam syarikat. Jamil merupakan seorang yang tamak dan gemar mengaut untung daripada kesilapan orang lain.

Dalam masa sama, Azhan telah mencadangkan kepada Jamil agar mereka mengeluarkan zakat perniagaan. Tetapi, Jamil enggan dan akibatnya dia didatangi pelbagai masalah dan kemuncaknya dia menyedari segala kesalahan yang telah  dia lakukan sewaktu membayar zakat fitrah. 

Menyusul pula keesokan harinya sebuah kisah bertajuk ‘Cantik Bergaya’ yang membariskan pelakon hebat seperti Salina Saibi, Fahrin Ahmad dan Mahyon Ismail. Episod kali ini berkisar tentang seorang gadis bernama Fatimah bertugas sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat kewangan. Pada awalnya Fatimah merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab menyara keluarganya. Namun segalanya berubah apabila dia terpengaruh dengan sebuah iklan kecantikan wajah.

Oleh kerana terlalu taksub untuk menjadi cantik, dia sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dan membohongi ibunya. Selain itu, dia juga bertukar menjadi seorang yang kedekut. Saksikanlah apakah kesudahan hidup Fatimah yang telah jauh terpesong dek terlalu obses kepada kecantikan.  

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua drama menarik dan bermanfaat yang menghiasi slot Sinar Pelangi, disajikan khas untuk anda semua menerusi RTM1, Saluran Inforia Anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Deja Moss dan Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad

Adibah Nor Buat Persembahan di Kempen Amal Colgate Kayu Sugi