Setelah sekian lama menyepi, Raden Pictures yang dulunya menerbitkan filem Kayangan, kini akan mempersembahkan sebuah drama berjudul KONTRAK CINTA yang akan disiarkan di TV3 pada 4 Julai 2009. Sebuah drama yang ditulis oleh Azlina Pa’ Wan pastinya mantap dengan gandingan para pelakon ternama.
Â
TAJUK: KONTRAK CINTA
KATEGORI : TELEFILEM
GENRE: KOMEDI ROMANTIK
PENULIS: AZLINA PA’ WAN
PENERBIT: RADEN PICTURES SDN.BHD.
SINOPSIS KONTRAK CINTA
Harris, CEO Timur Holdings, adalah seorang jejaka yang tinggi, kacak, bijak, kaya dan masih bujang, pendek kata, THE PERFECT BACHELOR. Namun begitu, ibunya, Datin Mariam tak putus-putus pening memikirkan kenapa anak tunggalnya ini susah sangat nak mencari jodoh. Tinggal 4 tahun je lagi sebelum Harris memulakan hidup dalam alam 40an!
Datin Mariam kepingin untuk menimang cucu. Dia juga takut zuriatnya berakhir di situ saja. Jauh di sanubarinya terdetik perasaan…â€adakah anak aku ini tak suka perempuan???â€Â
Bukannya Harris tak nak mendirikan rumahtangga. Bukannya Harris tak ada teman wanita. Bukan setakat itu, Harris juga pernah bercinta dengan kaum yang bernama wanita ini. Komitmen. Satu perkataan yang cukup digeruni Harris (dan juga kaum lelaki secara umum!) Dia takut untuk berkahwin bila tengok mak dan ayahnya…
Ayahnya, Datuk Malik, walaupun tegas di pejabat, tapi bagaikan di cucuk hidung, mengikut apa saja kata ibunya, Datin Mariam. Harris kasihan melihat bagaimana ayahnya dilayan ibu tercinta. Bukannya mereka bergaduh siang malam sampai hendak bercerai-berai, tapi cuma Harris susah memahami kenapa ibunya harus sentiasa mempertikaikan kasih sayang yang ayahnya curahkan selama ini. Harris nampak bagaimana Datuk Malik mencintai Datin Mariam. Namun, Datin Mariam kelihatan seperti tidak pernah puas hati. Begitu juga dengan harta kekayaan. Lalu Datuk Malik bekerja keras untuk memenuhi kehendak hati isteri tercintanya…
Timur Holdings adalah bukti kesungguhan Datuk Malik. Dari syarikat kecil, kini Timur Holdings menjadi salah satu syarikat korporat yang di segani di Ipoh. Mungkin itu hikmahnya di sebalik ketegasan Datin Mariam. Walaubagaimanapun, Harris tidak boleh menerima sikap ibunya itu. Sikap itulah yang di temuinya di dalam setiap wanita yang pernah singgah di dalam hidupnya (setakat ini). Harris selalu berasa bahawa wanita-wanita yang mendekatinya hanya kerana harta, kerana duit. Duit, duit, duit, duit!!
Karmila keresahan. Sejak arwah ayahnya pulang ke Rahmatullah setahun yang lalu, keresahan itu semakin menghimpit dirinya. Mila sayangkan ayahnya. Dia tau betapa pentingnya kedai makan itu kepada ayahnya. Walaupun tidak seberapa, tapi kedai makan itulah yang membesarkan dia dan adik-adiknya. Kerana itu, Karmila membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung usaha ayahnya. Dia nekad untuk mengunakan ilmu yang di timbanya di universiti bagi menaikkan kembali kedai makan yang semakin tenggelam di celah-celah kemunculan begitu banyak restoran makanan segera dan kafe-kafe lengkap Wi-Fi.
Karmila memiliki ijazah di dalam bidang pengurusan hotel dan masakan. Dia juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai chef di hotel. Karmila merancang untuk mengubah kedai makan sederhana milik keluarganya menjadi kedai makan bertaraf coffee house di hotel, tetapi dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama juga menyediakan khidmat ‘catering’. Karmila mahu menukar rupa dan imej kedai kesayangan arwah ayahnya. Dia sungguh pasti yang usahanya itu pasti memberi impak yang besar…
Tapi masalahnya sekarang, dia tidak ada modal. Tidak ada modal dan pada masa yang sama, dia perlu membayar pinjaman kepada pihak bank. Pihak bank memberi masa sebulan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman perniagaan ayahnya yang telah tertangguh hampir setahun. Sukar untuk membayar bank sekiranya perniagaan arwah ayahnya agak uzur. Pelanggan kian hari kian kurang…
Karmila tidak mempunyai simpanan. Simpanan yang ada telah di habiskan untuk meneruskan nyawa kedai makan itu (yang memangnya dah tinggal nyawa-nyawa ikan). Nak minta bantuan dari adik-adiknya, Azman yang bungsu baru tahun pertama di universiti, Salmi pula hanya seorang kerani bank dan baru menjadi isteri orang 3 bulan lepas…
Azman dan Salmi ada meminta Karmila melepaskan kedai itu dan Karmila sedar, sebenarnya itulah jalan yang terbaik. Karmila boleh hidup senang kalau tidak ‘terikat’ dengan kedai itu. Gajinya sebagai seorang chef cukup untuk menampung kehidupannya dan membantu Azman di universiti.
Tapi Karmila tidak dapat melepaskan kedai itu kerana ianya adalah lebih dari hanya sebuah kedai. Kedai itu adalah kedai kesayangan arwah ayahnya. Karmila mahu mempertahankan kedai itu demi kenangan manis bersama ayahnya….
Dalam kekalutan itu, Karmila mendengar tentang Program Skim Bantuan Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Timur Holdings Bhd. Satu usaha oleh pihak Timur Holdings untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan ekonomi setempat dimana mereka bersetuju untuk menyuntikkan dana tertentu bagi mereka yang mempunyai cadangan perniagaan yang bagus…
Harris tak dapat tumpukan perhatian pada kerjanya. Mulut Datin Mariam berbunyi lagi. Sepupunya Juliana telah pulang dari London, dan Datin Mariam memang berkenan sangat dengan Juliana yang dirasanya amat sesuai dengan Harris. Juliana cantik, bijak, dan kaya, bak kata orang, ‘bagai pinang dibelah dua, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.
Itu di mata Datin Mariam, tapi di mata Harris, Juliana saling tak tumpah macam Datin Mariam. Berkahwin dengan Juliana bermakna Harris terpaksa hidup macam bapanya, Datuk Malik. Harris tak sanggup. Dia harus mencari jalan untuk melepaskan diri dari dipaksa berkahwin dengan Juliana…
Karmila muncul di pejabat Harris, dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan kedai makannya dari di rampas oleh pihak bank, dan juga modal untuk mengubahsuai kedai itu. Setiausaha Harris meminta Karmila datang bulan hadapan tetapi Karmila berjaya menyelinap masuk semasa setiausaha itu keluar. Karmila berkeras memaksa Harris mendengar rancangan perniagaannya, meskipun Harris menghalaunya keluar…
Kemunculan Karmila di depan matanya memang tidak di senangi Harris. Kepalanya sedang berserabut. Bukan serabut kerana masalah syarikat, tetapi serabut kerana malam nanti ibunya nak mengadakan makan malam yang akan melibatkan Juliana dan keluarga Juliana.
Harris syak Datin Mariam sedang merencanakan sesuatu untuk dirinya… Dia perlu mencari jalan bagi mengelakkan dirinya terperangkap dengan ikatan perkahwinan dengan Juliana.
Karmila tidak menyangka bahawa Skim Bantuan Usahawan Muda anjuran Timur Holdings sebenarnya telah dibekukan buat seketika kerana terdapatnya kes penipuan oleh seorang pemohon. Harris enggan melayan seorang lagi ‘penipu’. Harapan Karmila untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pinjaman bawah skim itu hancur berderai…
Ketegasan Karmila memaksa Harris untuk mendengar cadangan perniagaannya menyebabkan Harris terfikirkan sesuatu. Harris bersetuju untuk mendengar pembentangan Karmila, bukan sekarang tetapi malam nanti, ‘over dinner’. Karmila terus saja bersetuju. Harris meminta Karmila berpakaian yang bersesuaian dengan majlis makan malam.
Harris datang menjemput Karmila ‘di rumah’ Karmila, tapi terkejut bila mendapati ianya adalah sebuah kedai makan dan kemudian mendapati Karmila muncul dengan hanya berbaju kurung.
Sepanjang perjalanan mereka bertekak. Karmila menyangka yang Harris menggunakan kedudukkannya untuk mengoda dirinya. Karmila menegaskan bahawa dia tidak akan menjualkan dirinya untuk mendapatkan wang. Harris pulak terkejut bila mendapat tau cadangan perniagaan yang Karmila sibuk katakana siang tadi melibatkan sebuah kedai makan…kedai makan yang baru sahaja ditinggalkan sebentar tadi…
Kemunculan Harris dengan ditemani Karmila memang mengejutkan Datin Mariam dan juga Juliana. Datin Mariam kurang selesa melihat penampilan Karmila yang jelas tidak setaraf dengan mereka. Tetapi tetamu lelaki yang lain terpegun dengan kejelitaan Karmila…
Datin Mariam menegur perbuatan Harris membawa gadis seperti Karmila ke majlis mereka. Teguran Datin Mariam membuatkan Harris (dengan tak sengaja) memberitahu yang dia bercadang untuk berkahwin dengan Karmila…Datin Mariam terus pengsan…
Karmila dan Harris bertekak lagi. Karmila menuduh Harris menggunakannya. Datin Mariam bising. Dia mahu Harris mengahwini Juliana samada Harris setuju atau tidak.
Harris harus bertindak segera. Dia kenal sangat dengan perangai Datin Mariam. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Terdesak, Harris terus saja menawarkan bantuan kewangan kepada Karmila, tapi dengan syarat Karmila haruslah menandatangani “KONTRAK CINTAâ€.
LAKONAN HEBAT DARI PELAKON TERNAMA
FAHRIN AHMAD sebagai HARRIS
FASHA SANDHA sebagai KARMILA
FAUZIAH NAWI sebagai DATIN MARIAM
ZAIDI OMAR sebagai DATUK MALIK
IKA ZULKIFLI sebagai JULIANA
FIZ FEROZ sebagai RASHID
Gambar Fasha bertunang