Slot Panggung 1 akan menyajikan sebuah cereka yang menarik untuk tontonan seisi keluarga, “Nostalgia Cinta kitaâ€. Sebuah cereka yang yang mengisahkan tentang betapa hebatnya kuasa cinta. Perasaan cinta itu hadir tanpa dipaksa dan kadangkala bibit cinta itu berputik dengan pelbagai cara yang berbeza. Bak kata pepatah, “Kalau jodoh tak kemana’. Sejauh mana kita lari, jika sudah tertulis cinta suci itu milik kita ia pastinya akan hadir di hadapan mata. Begitulah hebatnya cinta di antara Rashid dan Maziah, meskipun cinta mereka terhalang oleh orang tua yang mementingkan darjat jua kedudukan. Begitulah intipati drama menarik terbitan Nur Effendy Productions Sdn. Bhd.
“Nostalgia Cinta Kita†mengisahkan tentang Rashid dan Maziah yang merupakan sepasang kekasih yang sedang hangat dilamun cinta. Mereka berkawan baik sejak di bangku sekoalah lagi. Hal ini kerana, kedudukan rumah mereka yang tidak jauh di antara satu sama lain.
PANGGUNG 1: NOSTALGIA CINTA KITA, 6 SEPTEMBER 2008 (SABTU), JAM 3.05 PETANG DI RTM1.
Rashid bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel di bandar. Bapa Rashid sudah lama telah meninggal dunia dan dia tinggal bersama ibunya Mak Esah. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun begitu, Rashid hidup bahagia kerana Mak Esah adalah seorang ibu yang penyayang.
Manakala, Maziah pula tidak bekerja kerana ibu bapanya adalah orang berada. Datuk Halim dan Datin Asmah merupakan orang yang amat dihormati dan dikenali di tempat tersebut. Datuk Halim adalah seorang yang luhur budi pekertinya. Isterinya, Datin Asmah pula adalah seorang yang suka meninggi diri dengan kemewahan yang dimilikinya. Dia tidak suka kepada Rashid kerana dia berpendapat Rashid tidak setaraf dengan mereke. Berbeza dengan Datuk Halim tidak kira siapa bakal menantunya asalkan orangnya baik dan jujur.
Datin Asmah ada seorang anak buah yang bekerja di Kuala Lumpur iaitu Dino. Datin Asmah bercadang menjodohkan Maziah dengan Dino. Dino adalah lulusan universiti dan bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Suatu hari Datin Asmah memberi cadangan ibu Dino, Sapura untuk membawa Dino ke rumahnya sambil membincangkan tentang Dino dan Maziah. Sapura bersetuju lalu membawa Dino bertandang ke rumah Datin Asmah.
Kunjungan Dino membuahkan bibit-bibit cinta di antara dia dan Maziah. Sedari itu mereka saling berhubung menerusi telefon sewaktu Dino berada di Kuala Lumpur. Maziah mula melupakan Rashid . Walau bagaimanapun, Rashid tidak pernah melupakan Maziah.
Siapakah jejaka bertuah yang bakal memiliki Maziah, Rashid atau Dino ?Adakah Dino benar-benar ikhlas menyayangi Maziah seperti sucinya cinta Rashid ?
Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Fahrin Ahmad, Aida Aris, Badrul Muhayat, Wan Maimunah, Abu Bakar Omar dan Aznah Hamid.
Bagi peminat setia pelakon berbakat yang bertubuh sasa, Fahrin Ahmad pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama “Nostalgia Cinta Kita†untuk mengetahui kesudahannya. “Nostalgia Cinta Kita†bakal ditayangkan pada 6 September bersamaan hari Sabtu, jam 3.05 petang menerusi slot Panggung 1 di RTM1, Saluran Inforia.