Rata rata bagi anda yang memberi komen di Youtube Budiey Channel khususnya peminat Abam ternyata masih lagi bersedih dengan meluahkan perasaan sedih dan sayu di ruangan komen. Kita semua merasai satu kehilangan di atas pemergian arwah Abam seorang pelawak tanah air yang mempunyai bakat besar dan sangat baik hati. Selain menjaga ibunya, Abam juga sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak, rajin bersedekah secara senyap-senyap, dan suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Achey dan Fad juga kelihatan semakin tenang dan cuba belajar untuk menerima hakikat pemergiaan sahabat sejatinya. Hari ini 13 Febuari, merupakan hari lahir Fad, tetapi tidak disambut seperti sebelum ini kerana keadaan emosi Fad yang masih bersedih. Yang pastinya, tiada lagi ucapan hari lahir dari arwah Abam untuk Fad Bocey seperti tahun tahun sebelumnya.
Setiap tahun menjelang hari jadi Fad Bocey, Abam tidak pernah lupa untuk menghadiahkan kek hari jadi untuk meraikan hari ulangtahun Fad. Semalam, selepas majlis tahlil di malam ke-3 pemergian Allahyarham Abam, adik kepada Abam iaitu Ali Puteh bersama isteri Fad telah menjadi wakil bagi membuat kejutan dengan membawa sepotong kek sempena hari lahirnya.
Kebiasaannya raut wajah yang gembira terukir, sebaliknya, Fad tak dapat menahan rasa sebak dan kelihatan menangis. Reaksi sayu wajah Fad cukup menyentuh hati. Semua tahu Fad masih bersedih dan ini kali pertama hari lahirnya disambut di kediaman Arwah. Fad dipujuk isterinya supaya janganlah sedih-sedih ketika ingin memotong kek. Achey juga kelihatan memberi kata-kata semangat dan memujuk Fad supaya bersabar dan tabah.
Pastinya, dengan sambutan yang cukup sederhana di rumah arwah membuatkan mereka terasa dekat dengan arwah. Seolah-olah mereka menyambut hari jadi Fad bersama sama Abam. Pasti mereka juga sangat merindui senda gurau dan celoteh dari arwah Abam.
Alhamdulillah, Fad dan Achey mempunyai isteri yang sangat memahami dan faham keadaan suami mereka selepas kehilangan Abam satu satunya sahabat mereka yang paling rapat.
Selamat hari lahir yang ke-29 buat Fad, semoga sentiasa dirahmati, dilindungi dan dimurahkan rezeki. Semoga segala kebaikan yang Fad buat untuk keluarga arwah Abam akan dibalas dengan kebaikan juga dari Allah. Amin.