Menerusi satu perkongsian terbaru di laman Instagram, Fad Bocey telah memuat naik satu foto memaparkan wajah anak bongsunya itu untuk diperkenalkan kepada pengikutnya di Instagram. O! Sungguh comel. Tahniah. Seronok tengok pasangan ini sentiasa bahagia dan ceria selalu bersama anak-anak di sosial media.
Keputusan mendedahkan wajah baby comelnya itu diambil setelah cukup tujuh hari dilahirkan. Sebelum ini, isteri kepada selebriti berkenaan pernah berkongsi pengalaman bersalin sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dirasakan sangat berbeza. Lebih-lebih lagi dengan prosedur yang semakin ketat untuk kebaikan ibu dan anak.
Handsome dan comelnya baby. Macam mak dia lah. Moga jadi anak soleh
Selain Ibrahim, kedua-dua suami isteri ini turut memiliki sepasang kembar lelaki yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Amirah Mishal.
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman berkongsi maksud nama cahaya mata keempat mereka, Ibrahim Jibriel.
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.
“Assalamualaikum, saya baby Ibrahim Jibriel. Hari ini hari ke-7 saya dilahirkan. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T,” coretnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kekacakan putera itu biarpun masih lagi kecil. Menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan Ibrahim. Mereka juga turut menyatakan wajah Ibrahim kelihatan agak mirip dengan kakaknya, Aminah.
“Alaaa muka macam kak Aminah la. Shooo cuteee,” komen @hfyzanur
“Alhamdulillah… Tahniah, iras kakak Aminah sangat… Comel,” puji @nurezwani_yahya
Rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada bekas penyampai radio tersebut atas kedatangan ahli baru dalam keluarganya.