in

Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE

Animasi Upin & Ipin keluaran syarikat Les’ Copaque Production bukan sahaja sangat terkenal di Malaysia, malahan juga di negara-negara jiran seperti di Singapura dan Indonesia. Populariti ini sedikit sebanyak telah meletakkan laman sosial Facebook rasmi Upin & Ipin diantara yang paling ramai peminat di Malaysia.

Ini terbukti dengan pencapaian luar biasa oleh Facebook Rasmi Upin & Ipin yang telah mencecah sehingga 7 Juta “like”. Angka ini secara terus meletakkan Facebook Upin & Ipin sebagai Facebook paling tinggi di Malaysia. Tahniah Budiey ucapkan!

Laman Sosial Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE

Laman Sosial Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE

[dropcap]K[/dropcap]ebanyakkan dari peminat yang melayari Facebook Upin & Ipin bukan sahaja dari Malaysia, malahan juga dari negara Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Selain itu, negara Filipina dan Korea juga sudah menunjukkan peningkatan dari segi kenaikkan jumlah peminat dari negara tersebut.

Facebook Upin & Ipin merupakan diantara medium utama untuk syarikat Les’ Copaque Production untuk berinteraksi dengan peminat dan menyampaikan sebarang jenis matlumat dan promosi selain penggunakan aplikasi media sosial yang lain seperti LINE, Twitter dan Instagram.

Pada tahun 2011, laman sosial Facebook Upin & Ipin telah mendapat tempat ke 5 dunia di dalam kedudukan “Facebook Fanpage” paling ramai peminat bagi kategori “Fictional Characters”. Ianya diumumkan sendiri oleh Facebook dan turut ditulis oleh media online dari Canada.

Dengan kejayaan menerima 7 Juta “like” ini, Les’ Copaque Production akan menganjurkan banyak peraduan secara online bagi menghargai peminat-peminat dari seluruh dunia.

Laman Sosial Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Black Mahu Ramai Anak & Keluarga Yang Besar

Kuiz Rembat Sampai Gol Piala Malaysia 2013