Apa kejadahnya yang palsu dalam video tersebut? Aiyooo! Dustin kecewa dengan tindakan Facebook ini kerana beliau melakukan ‘cross check’ fakta dan penyelidikan terperinci sebelum menerbitkan video tersebut. Kita semua sedia maklum bahawa Facebook amat payah untuk bertindak atas report-report kita.
Mengapa Facebook begitu mudah bertindak ke atas video Dustin sedangkan ia memaparkan fakta sebenar!
Siapa yang begitu berkuasa report sehingga Facebook bertindak?
Atau apakah admin Facebook mempunyai agenda anti-Malaysia atau menjadi alat pihak-pihak tertentu untuk memburukkan Malaysia?
Dustin kecewa dengan tindakan yang menganiaya Malaysia ini. Kisah kehebatan dan kejayaan Malaysia ini perlu diceritakan kepada semua bagi beliau.
Malah sehingga kini Facebook tidak menyatakan alasan pun kenapa mereka bertindak menyekat dan memadam video berkenaan seolah-olah ada perancangan jahat Facebook dan Youtube untuk memburukkan negara kita!
Video fitnah Al Jazeera kepada Malaysia sehingga hari ini masih dibiarkan sedangkan beribu-ribu report telah dibuat!