in

Facebook Hot FM Kini Punya 1 Juta LIKE

FACEBOOK Hot FM KINI PUNYA 1,000,000 LIKE

Sememangnya bukan satu kerja yang mudah dalam usaha mengumpul peminat Hot FM di laman sosial terkenal, Facebook. Apatah lagi bila nombor yang menjangkau 1,000,000 itu boleh di anggap mustahil. Namun dengan hasil usaha padu pelbagai pihak, hasrat stesen itu akhirnya berjaya direalisasikan.

Hot FM turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sokongan yang diberikan selama ini. Tanpa sokongan tersebut, tidak mungkin Hot FM mampu menghangatkan gelombang arus penyiaran sehingga ke hari ini. Untuk rekod, Hot FM menduduki tangga lima teratas di Malaysia mengikut kajian ”LIKE’ dari Facebook dan merupakan media pertama yang mencapai aras mercu ini.

Genap berjumlah 1,000,000 peminat Facebook pada pertengahan April lalu, Hot FM sekali lagi ingin menghadiahkan pelbagai gajet terkini kepada peminat stesen itu di lama sosial terbabit melalui kempen Facebook Hot FM Kini 1 juta ’LIKE’.

Hanya dengan daftar masuk melalui akaun Facebook masing-masing, mereka kemudian dikehendaki untuk mencari applikasi Facebook Hot FM Kini 1 juta ’LIKE’. Seterusnya, tonton video terbitan Hot FM yang dipaparkan di applikasi tersebut, jawab soalan yang berkaitan dengan video tersebut beserta satu slogan yang paling kreatif. Mudah bukan? Semudah itu untuk memenangi pelbagai gajet yang berteknologi tinggi sesuai dengan peredaran masa.

Mungkin video-video seperti ”Ombak Rindu” (http://www.youtube.com/watch?v=Yi9NhFSkwfw), ”VScoop” (http://www.youtube.com/watch?v=wYl-ZybMPMs) dan Kuasa 3 AM Krew (http://www.youtube.com/watch?v=EYdodyXlgD0) akan membuatkan anda tersenyum sambil membawa pulang gajet seperti Samsung Galaxy Note, Ipad 3, Nokia Lumia, kamera Canon serta sebuah TV plasma 43”.

Kuiz mudah itu bermula hari ini 28 Mei 2012 dan berakhir pada 1 Jun 2012. Jadi kepada mereka yang ingin turut serta, jangan buang masa lagi. Mungkin anda di antara 5 pendengar Hot FM yang bertuah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Faralyana Idris di Makan Malam Selebriti Hari Ibu Rafflesia

Tune Hotels Triumphs in International Awards