Kenapa ia dianggap penting : Jika anda perasan sejak pandemik mula melanda, penggunaan produk dan aplikasi berasaskan audio semakin digemari ramai. Paling mencuri tumpuan pastinya aplikasi audio sosial, Clubhouse yang boleh digelarkan sebagai ‘game changer’ kepada dunia media sosial.
Ini menyebabkan banyak gergasi IT mula meningkatkan atau menambah produk berasaskan audio antaranya Twitter dan kini Facebook.
Butiran : Mark Zuckerberg menerusi satu temubual di aplikasi perbualan Discord yang dihoskan wartawan bebas, Casey Newton pada isnin telah berkongsikan pelannya untuk membangunkan beberapa produk berasaskan audio dalam tempoh 3- 6 bulan antaranya seperti di bawah :
– Soundbites : Menurut Zuckerbergh, produk ini umpama Tiktok dan Reels versi audio. Ciri audio pendek ini akan membolehkan pengguna memuat naik pesanan suara atau dalam bahasa inggerisnya, voice note di live feed anda.
– Podcasts: Facebook juga akan melancarkan produk podcast bagi memudahkan content creator berhubung dengan pengguna. Ianya difahamkan akan melibatkan 3rd party iaitu aplikasi Spotify.
– Live audio rooms: “Sesekali pasti ada medium atau platform baru yang dapat digunakan untuk pelbagai bidang” kata Mark Zuckerberg dengan menggunakan News Feed sebagai contoh. Mark juga berpendapat pasti ada caranya dimana live audio rooms yang seumpama Clubhouse ini dapat membantu content creator di Facebook dalam menjana pendapatan.
CEO Facebook itu dilihat banyak bereksperimen dengan platform audio sejak kebelakangan ini semenjak meningkatnya trend penggunaan audio di kalangan masyarakat.
Jelasnya, sasaran Facebook ketika ini adalah menghasilkan produk audio yang sehebat produk-produk lain mereka seperti text, foto dan video .
Apa kata mereka : Menurut Zuckerberg kehadiran produk-produk audio baharu ini akan membantu content creator menjana wang dari hasil kerja mereka dengan lebih mudah.
“Kami lebih menumpukan pada bahagian content creator berbanding pada pengguna” kataya
Tambahnya mereka juga sedang merangka infrastruktur bagi menyediakan fungsi dan ciri seperti sumbangan (donation) dan langganan (subscription) yang mungkin dapat membantu pembangun kandungan mereka untuk lebih menjana pendapatan.