Berita ini dikatakan susulan dari isu viral ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah yang telah mengundang kecaman masyarakat tapi tidak dipandang serius oleh pemerintah.
Perkara ini kembali diperkatakan netizen setelah menjadi tular berikutan pelakon Ezany Nizariff telah memuat naik status laporan polis terhadap seorang usahawan terkenal. Walaupun Ezany Nizariff tidak memetik nama mana-mana pihak, namun ramai netizen telah mendakwa ianya ditujukan kepada Sajat.
Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Ezany memuat naik rakaman video tular memaparkan dua usahawan kosmetik popular Aliff Syukri dan Sajat. Video tersebut memaparkan aksi kedua-dua usahawan selebriti itu menari dan telah mendapat kecaman netizen.
Selain individu berpengaruh itu dikatakan mempersendakan agama Islam, laporan itu juga dibuat ekoran situasi terbabit telah menimbulkan suasana tidak senang dan harmoni antara agama.
“Saya dah buat kewajipan sebagai Muslim. Saya pun dosa banyak, sepatutnya kita berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya terpaksa bertindak kerana kamu makin melampau!
“Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam, kamu cabar Allah. Minta maaf dan kamu terus buat.
“Ramai ustaz nasihat tapi kamu tetap tidak peduli, kamu angkuh, ego,”
– Ezany Nizariff
Ezany Nizariff pada masa yang sama menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap usahawan tersebut.
“Moga pihak berkuasa dapat bertindak.
“Membuat laporan ke atas lelaki berpakaian wanita, berbuah dada, mencemar dan mempermainkan agama Islam.
“Menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama, menghasut dan mempromosikan LGBT ekstrim.
“Mohan tindakan dari PDRM, SKMM, JAKIM dan Menteri Agama Islam,”
– Ezany Nizariff
Susulan itu, ramai menyokong tindakan yang dilakukan Ezany dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.
Terdahulu, pelakon lelaki itu tampil ke balai polis untuk membuat laporan terhadap tindakan melampau pengguna Facebook yang menghasut individu lain untuk murtad.