Perkara tersebut diluahkan Ezad menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya baru-baru ini.
Kata Ezad, dia hadir awal berbanding minggu lepas namun pintu pagar masjid telah pun ditutup dan para jemaah lain yang turut sama hadir tidak dapat menunaikan ibadah wajib itu.
Salam jumaat..minggu ni datang lagi awal dari minggu lepas..sampai sampai lagi awal pintu pagar dah tutup. Ada yang bagi cadangan suruh minggu depan kena datang dari subuh..dhuha..terus duduk dalam masjid jangan keluar. Semoga dipermudahkan kesulitan kita bersama.
Dalam hantaran itu, penyanyi lagu Jesnita ini memuat naik sekeping foto memaparkan pagar pintu masjid yang telah ditutup dipercayai berlokasi di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang, Kuala Lumpur.
Terdahulu, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang Program Pemulihan Negara Fasa 1 dengan SOP yang telah ditetapkan.
Kapasiti untuk sesebuah rumah ibadah adalah tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.