Menurut laporan Utusan Malaysia, bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.3 gram, November tahun lalu.
Ezad atau nama sebenarnya, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 36, membuat pengakuan demikian semasa kes berkenaan disebut di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 21 November lalu atas tuduhan memiliki satu peket lut sinar berisi syabu di kawasan Kompleks Beli-Belah Selayang Mall, Selayang Utama, dekat sini pada pukul 1.30 petang, 19 November 2014.
Mahkamah menetapkan 10 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman. – UTUSAN ONLINE