in , , ,

Eyka Farhana Tertekan Dalam Telemovie KERANA di TV2

Tekanan perasaan seorang gadis menimbulkan dendam yang membawa kepada jenayah yang tidak pernah dijangka. Bila perasaan dendam mula menguasai dirinya yang menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan.

Beliau mula melakukan jenayah berat akibat kegagalan mengawal emosi sehingga mengalami gangguan psikologi. Hakikatnya setiap hari ada sahaja berita atau isu tentang masalah tekanan perasaan yang dihadapi dalam kalangan masyarakat kita. Situasi ini adakalanya tidak pernah terjangka sama sekali berlaku malah lebih membimbangkan ianya terjadi kepada individu yang selama ini nampak sihat pada luarannya.

Menerusi watak Husna seorang gadis psiko yang dibawakan oleh pelakon Eyka Farhana, penonton diajak menyaksikan telemovie bertajuk â€œKerana” pada 15 November ini, pukul 9.30 malam di TV2.  

telemovie Kerana

Turut menampilkan lakonan berkesan Hazman Al Idrus, Jasmin Hamid, Idris Mat Diah, dan Beego, perjalanan telemovie ini bermula dengan menonjolkan sisi watak utama Husna tinggal bersama ibu tirinya, Azizah yang mempunyai dua orang anak iaitu Akil dan Fatimah selepas kematian ayahnya. 

Malangnya beliau dilayan dengan kasar oleh adik-beradik tirinya, Azizah dan Akil. Malah lebih malang lagi bila mana Akil mula mengambil kesempatan dengan merogol Husna bukan sekali tetapi beberapa kali. 

Husna nyata tertekan dengan peristiwa tersebut dan akhirnya bertindak di luar jangkaan dengan membunuh Akil. Azizah pula hairan dengan kehilangan Akil yang tidak dapat dikesan selepas beberapa hari. 

Sementara itu Fatimah akhirnya membocorkan rahsia mengatakan ibunya, Azizah yang membunuh ayah Husna. Akibat terlalu marahkan Azizah, Husna juga membunuh Azizah dan kemudian melarikan diri. 

antara babak Kerana

Sementara itu Edry terjumpa dengan Husna yang pengsan di taman sewaktu beliau melarikan diri. Semenjak peristiwa itu, mereka selalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta. Edry dan Husna kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berkahwin. 

Kebahagiaan yang dikecapi Husna tersentak apabila beliau melihat Edry bersama perempuan lain. Sebenarnya perempuan itu merupakan isteri pertama Edry dan Husna tidak dapat menerima hakikat yang beliau sebenarnya bermadu. 

watak Aqil dan Azizah dalam Kerana

Husna membuat rancangan untuk menyambut kepulangan Edry di rumah selepas balik bekerja dan kemudian membunuh Edry untuk melepaskan rasa dendamnya. Husna kemudiannya menyerah diri pada pihak polis dan hasil pemeriksaan hospital mengesahkan yang beliau mengalami gangguan psikologi. Lalu apakah kesudahan dalam hidup Husna? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

watak Aqil dalam Kerana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aina Abdul Tiada Niat Untuk Mencarut

Azhan Rani Bawa Watak Lelaki Bajau Laut Dalam Telemovie IKUT JEJAKMU