[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini, pihak MTV Asia telah mengumumkan Robin Thicke, Far East Movement dan Joe Flizzow dah comfirmed akan buat persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia 2013, dan beberapa hari lalu, Budiey telah menerima khabar tentang satu berita gembira untuk peminat K-Pop di mana EXO juga akan perform! Yeah, Ini yang buat Budiey excited nih. Dijangka konsert gergasi ini bakal menarik 15,000 peminat yang hadir dari seluruh pelosok dunia.
[pullquote align=”right”]MTV World Stage Live In Malaysia 2013 akan diadakan pada 8 September 2013 di Surf Beach, Sunway Lagoon[/pullquote]
Rasanya, ini adalah kali pertama kumpulan yang dianggotai oleh 12 orang ahli ini akan terbang dan perform di Malaysia bersama MTV. Pastinya, EXO dipanggil untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa ini berdasarkan kepada populariti mereka yang semakin meningkat naik selepas melancarkan album penuh pertama berjudul XOXO pada bulan Jun yang lepas.
Tambahan lagi, album itu turut berjaya mengungguli carta U.S. Billboard’s World Albums Chart dan khabarnya XOXO akan diedarkan semula buat kali kedua dengan menampilkan tiga buah lagu baru di Korea pada 5 Ogos 2013.
Bagi yang belum mendapatkan tiket ke MTV World Stage Live in Malaysia 2013, jangan risau kerana anda berpeluang untuk merebut pas masuk percuma dengan mengambil bahagian dalam permainan video di laman web worldstage.mtvasia.com.
Permainan video yang dikelolakan oleh MTV itu membolehkan anda mengakses masuk menggunakan komputer serta telefon pintar dengan mudah. Lebih menarik lagi, peminat dari Hong Kong, Indonesia, Singapore dan Filipina juga berpeluang memenangi tiket perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke MTV World Stage 2013.
Jadi jangan lepaskan peluang anda kerana pertandingan permainan video ini bermula dari 29 Julai dan akan berakhir pada 27 Ogos 2013. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Budiey akan cuba untuk mendapatkan tiket-tiket ekslusif untuk pembaca Budiey.com. Jika penganjur benarkan, pastinya Budiey akan war-warkan di Twitter dan di Instagram juga. Korang pasti nak tiket kan? Kepada K-Poppers sekalian, tungguuu. Mungkin ada berita baik. Moga-moga-lah!