in

Evolusi JOM HEBOH Penganjuran Tahun Ke 8

TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS
Evolusi JOM HEBOH Penganjuran Tahun Ke 8

Melalui acara yang diadakan oleh stesen TV3 seperti Anugerah Juara Lagu yang kini masuk ke tahun ke 25, mungkinkah Karnival Jom Heboh akan terus mekar hingga untuk 25 tahun akan datang? Melihat pada dasar dan pencapaian Jom Heboh sehingga kini ianya tidak mustahil menjadi kenyataan untuk terus dihidangkan kepada rakyat Malaysia selama mana mungkin ianya diterima.

Karnival pada skala terbesar anjuran TV3 kini sudah memasuki tahun ke 8 penganjurannya dan telah menarik hampir jutaan pengunjung tidak kira pengunjung dari dalam mahupun luar negara.

Melalui Sure Heboh ianya berkembang dari sebuah konsep tapak ekspo/pameran dan gelanggang hiburan kini ianya diadakan dengan lebih fokus, praktikal dan mesra rakyat menjadikannya sejajar dengan matlamat kerajaan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kini ianya dikenali sebagai Jom Heboh yang menitik beratkan konsep kekeluargaan, ilmiah, antarabangsa dan 1Malaysia.

Selain mengikut kepada peredaran semasa, bagi pihak stesen ianya adalah sebagai satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil turut serta dalam permainan-permainan dan pertandingan yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.

Meskipun setiap tahun, hadir dengan pelbagai objektif dan aktiviti namun konsep keseluruhannya masih sama. Tahun 2010 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan wadah, improvisasi dan wajah baru. Paling utama ialah dengan mengadakan karnival ini di lokasi-lokasi yang belum pernah diadakan (tahun ini pertama kali di Terengganu dan Kelantan) sambil pemfokusan terhadap kekeluargaan dan aktiviti permainan. Di setiap lokasi yang dilawati juga, Jom Heboh akan mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut. Lokasi-lokasi Jom Heboh tahun ini ialah di Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Pahang, Sarawak dan di Perak.

Beberapa gerai kendalian TV3 juga akan diberi nafas dan nama baru dalam menyuntik semangat kepada orang ramai. Gerai di bawah naungan Cereka, Studio3 dan Kanak-Kanak. Gerai Studio3 akan memperlihatkan gabungan Aduan Rakyat, Nona, Wanita Hari Ini dan Majalah 3. Tahun ini juga gerai berita TV3 juga akan muncul kembali dengan pelbagai keistimewaan antaranya ujibakat pembaca berita selain dapat beramah mesra dengan penyampai berita.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di tapak lokasi ialah:

Gerai Aktiviti-Aktivti
Cereka Ramah Mesra bersama pelakon-pelakon drama Hotel Mania, Siong, NaOmei dan Ejen 008. Serlahkan bakat berlakon anda!
Kota Ilmu Secara langsung Al-Kulliyah, Solat maghrib beramai-ramai, Ceramah dan Kaunseling, Pameran oleh Arkib Negara
Kids Teknik Mari Mewarna, Pakaian Beragam, Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak dan banyak lagi

Studio 3 Aduan Rakyat, WHI, Nona dan Majalah 3
MyTV3 Pendaftaran Ahli MyTV3, Tiru Gaya Artis dan Talent Drive.
Buletin Utama Ujibakat Pembaca Berita, Bertemu dengan personaliti Buletin Utama

Ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan berkata, “Saya bagi pihak TV3 bersyukur kerana Jom Heboh masih di minati dan di kunjungi sehingga kini. Melihat kunjungan dari lokasi terakhir di Bukit Jalil bulan Disember tahun lalu, kami gembira melihat orang ramai mempunyai satu tempat beriadah serta mengisi waktu lapang hujung minggu sambil menikmati pelbagai juadah, permainan, jualan dan macam-macam di Jom Heboh,” ujarnya

“Semangat kekeluargaan dapat dirasai dengan aktiviti-aktiviti khas untuk seisi keluarga yang telah disediakan. Kami berharap Jom Heboh ini dapat membantu kerajaan dalam memupuk semangat kekeluargaan sejajar dengan matlamat kerajaan,” katanya

“Tahun 2010, Jomheboh telah menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik yang pastinya menghiburkan seisi keluarga. Selain di gerai dan bazaar, pengunjung pastinya dapat bergembira bersama keluarga dan menyaksikan persembahan-persembahan artis-artis popular tanahair yang akan mengegarkan pentas utama”, ujar Farid lagi

“Kami juga akan memperkenalkan aktiviti permainan yang diberi nama ‘Soopa Doopa’ yang pastinya akan mendapat perhatian ramai. Secara ringkasnya, ianya adalah satu permainan cabaran yang akan menguji keupayaan peserta yang menyertainya. Cabaran-cabaran seperti berlari di atas air sabun, berlari dengan tali diikat, laluan halangan dan berbagai-bagai lagi. Soopa Doopa ini akan diadakan secara besar-besaran di lokasi-lokasi JomHeboh yang telah ditetapkan.

“Disamping itu, selain berinteraksi dan berhibur, Jom Heboh juga menyediakan peluang perniagaan di mana peniaga–peniaga kecil tempatan juga tidak ketinggalan sama-sama memeriahkan lagi suasana. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan lagi taraf sosio–ekonomi peniaga tempatan. Ini adalah langkah yang bijak bagi membantu peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka,” ujar Farid menutup perbualan

Secara kolektif, Jom Heboh adalah antara karnival yang paling besar dan meriah di yang pernah di anjurkan. Pada usia tahun ke 8 penganjuran Jom Heboh diadakan, ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung untuk menjadi wahana penjana minda dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah disamping dapat berhibur bersama-sama artis-artis popular dan juga personaliti-personaliti TV3.

Lokasi pertama Jom Heboh akan diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Februari 2010 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Konsert Jom Heboh Bukit Jalil akan menampilkan artis terkenal seperti Black & Meet Uncle Hussain, Kumpulan Pesawat, Jaclyn Victor, Mas Idayu dan Juara MyStarz LG ketiga iaitu Tom.

Tunggu kehadiran Jom Heboh ini di setiap lokasi berdekatan anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Down With Love Jerry Yan, Ella Chen

Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru