Bayangkan lagu Pagi Yang Gelap dari Hujan dinyanyikan dalam muzik Ghazal. Amacam? Menarik tak? Dan realitinya memang wujud dan sudah pun dilakukan oleh grup Ghazal yang mengelarkan diri mereka GHAZALA. Budiey telah bertemu dengan mereka di Majlis Minum Petang Anugerah MACP di Restoran Sri Puteri baru-baru ini. Mendengar lagu yang sedang top nyanyian mereka dalam irama mereka, Budiey terasa betapa muzik itu terlalu universal.
GHAZALA: EVOLUSI GHAZAL
Ghazala, kumpulan ghazal dari bandar Muar, Johor dianggotai oleh Irman, Ishak, Mohd Shahzerin, Mohd Fiqry, Mohd Nazri sebagai vokalis, ingin menjadikan muzik ghazal sebagai satu medium hiburan yang boleh diterima semua lapisan masyarakat. Mereka selalu mengadakan persembahan di majlis perasmian, sekolah serta menerima jemputan di majlis perkahwinan di sekitar Muar. Selain itu, pernah memenangi pertandingan ghazal di peringkat antarabangsa apabila menyertai Festival Kesenian Melayu Sedunia 2001.
“Kumpulan kami sebelum ini dianggotai seramai 11 orang, namun, atas sebab kesesuaian untuk sesi rakaman, sekarang hanya mempunyai lima orang sahaja,” jelas Nazri. Untuk rekod, ahli kumpulan ini mendapat tunjuk ajar dari Tuan Haji Abu Bakar Haji Ali, seorang aktivis ghazal yang cukup terkenal di Johor.
Kumpulan Ghazala mempunyai keunikan tersendiri kerana bukan sahaja mempersembahkan rentak ghazal tradisional, tetapi memberi nafas baru dengan menerapkan rentak ‘Rock’ dalam pertunjukkan. Untuk majlis anjuran MACP nanti, mereka akan mempersembahkan rentak ghazal paling ‘Rock’ yang pernah didengar.
“Bermain ghazal agak susah juga, ini kerana ia tidak mempunyai kod tertentu. Namun yang pasti, ianya cukup unik,” jawab Nazri apabila ditanya tentang kepuasan bermain alat muzik itu. Satu lagi keunikkan kumpulan Ghazala ialah dengan imej ‘sempoi’ yang ditonjolkan.
“Kami sebenarnya bukan ingin merosakkan keaslian ghazal dengan imej ini, tapi kami percaya, ianya mampu menarik minat golongan remaja mendekatkan diri dengan ghazal,” ulas Nazri menjawab jika imej sempoi itu akan menjadi kontroversi dan tidak dapat diterima masyarakat.
Bagi kumpulan yang meminati Kitaro serta Nirvana ini, mereka yakin genre muzik ghazal kontemporari ini akan diterima masyarakat. Ghazala percaya, dengan keunikan dan kelainan yang ditampilkan, mereka akan pergi lebih jauh.
Selain dari persembahan di majlis anugerah MACP, kumpulan Ghazala sudah bersedia untuk merakamkan album sulung dengan sebuah syarikat rakaman antarabangsa. Meraka juga akan mengadakan persembahan di Rainforest Festival 2009.
[tags]Ghazala, irama, lagu ghazal, download, mp3, video youtube, tarian, macp nomination, contemporary, muar, tour, lifehacker.com, gua muzik, portal, seni, lolcat, gimik salima, salima bertunang, kisah kasih, lagu salima, single terbaru, awards, apm review, winner, pemenang apm[/tags]