in

ESTANI, BERGERAK SEIRING TEKNOLOGI DI KLASIK NASIONAL

BESTANI (Bergerak Seiring Teknologi), rancangan radio yang berformatkan talk-show telah memulakan siarannya pada 3 November 2008, jam 12.30 tengah hari di KLASIK NASIONAL. Rancangan BESTANI memberi fokus kepada perkembangan bidang pertanian serta elemen-elemen hubungkait teknologi dan industri asas tani. Rancangan yang ke udara di KLASIK NASIONAL ini pernah disiarkan di Radio 1 dan NASIONALfm serta telah mencatat rating pendengar tertinggi pada ketika itu.

Namun rancangan BESTANI kini boleh didengari pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan bakal ke udara selama lima belas minit, jam 12.30 tengah hari menerusi KLASIK NASIONAL. Selain daripada menemuramah secara langsung pegawai, pakar, penggiat serta usahawan dalam industri pertanian, rancangan ini turut menyebarkan berita serta perkembangan sektor pertanian yang terkini.

BESTANI mensasarkan golongan usahawan tani, petani, penternak, peladang, nelayan serta mereka yang memang berminat dalam sektor keusahawanan dan pertanian ini bakal membincangkan topik-topik bernas yang pasti boleh menarik perhatian kumpulan sasaran. Topik-topik seperti konsep pertanian gaya baru, bioteknologi dan sebagainya akan menjadi penyeri waktu tengah hari pendengar setia KLASIK NASIONAL.

Maklumat-maklumat mengenai pembangunan dan pertanian dalam rancangan BESTANI ini disumbangkan daripada kerjasama erat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Badan-badan seperti MARDI, FAMA, LKIM, ASEAN Food, Jabatan Perikanan dan sebagainya turut menyumbang ilmu dan informasi untuk rancangan BESTANI ini. Oleh itu pendengar tidak perlu risau kerana maklumat yang diberikan bukan sahaja diiktiraf malah telahpun dikajiselidik keberkesanannya.

Dalam rancangan pertama BESTANI yang keudara pada 3 November lepas, tetamu yang hadir ialah pencipta negara Zulkifli Harun dan beliau membincangkan mengenai topik sistem RFID iaitu kawalan sistem pertanian dengan menggunakan telefon bimbit dan internet. Teknologi yang telah dibincangkan itu merupakan ciptaan Zulkifli Harun sendiri dan pengisiannya cukup menarik.

BESTANI adalah sebuah rancangan radio yang bertujuan untuk menerokai penemuan-penemuan baru dalam bioteknologi bagi meningkatkan lagi produktiviti sektor pertanian negara dan siarannya melalui ruang udara KLASIK NASIONAL sudah pasti boleh mencapai objektif yang diingini. Ini kerana KLASIK NASIONAL adalah stesen radio No1 di RTM dan pendengarnya juga menepati kumpulan sasaran rancangan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Klasik Nasional di www.klasiknasional.dapat.fm dan dengarkan Klasik Nasional secara streaming di www.rtm.gov.my. Stesen radio KLASIK NASIONAL boleh didengari di seluruh negara di frekuensi-frekuensi iaitu 87.6(Kuching), 87.7(K.Lumpur, Putrajaya), 87.9(Seremban), 88.1(Kota Kinabalu), 88.3/103.3(Ipoh), 92.5(Kuala Terengganu), 93.6(Melaka), 94.9/93.9(George Town), 94.9(Kangar), 94.9/88.7(Alor Setar). 94.9(Langkawi,) 98.3(Selangor), 101.1(Kota Bharu), 106.7(Johor Bahru), 107.9(Kuantan).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abby Abadi Mengamuk

JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008