Pelbagai langkah dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularannya di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak.
Justeru penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik perlu diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.
Bina Sistem Pertahanan Badan Dengan Eskayvie Diffenz
Eskayvie Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera melancarkan kempen Eskayvie Kita Ikhtiar dalam usaha membiasakan norma baharu, menyokong kesedaran terhadap penjagaan diri yang baik, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan paru-paru.
Malah syarikat berkenaan yang giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut memperkenalkan produk suplemen 4 dalam 1 dipanggil Eskayvie Diffenz sejak awal tahun ini.
Ia diusahakan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie optimis dengan khasiat produk berkenaan.
“Tablet berperisa blackcurrant ini dihasilkan dengan gabungan empat bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D. Ia sangat mudah diambil dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada pengguna.
“Rasanya yang masam manis dan enak amat disukai golongan dewasa dan kanak-kanak daripada usia seawal lima tahun.
“Lebih 500,000 unit terjual dan ramai mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan,”
– Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri
Tambah Dr Syid Ayob, Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati.
Produk keluaran Eskayvie diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia
Malah pernah menerima Anugerah Superbrand. Ini menjadikan Eskayvie Diffenz sebagai produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini.
Layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk info lanjut.