in , ,

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

Eskayvie Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz, menunjukkan keprihatinan sosial mereka dengan memberikan sokongan dan bantuan kepada lebih 600 ‘Rider’ e-hailing penghantar makanan atau bungkusan di ibu pejabat mereka di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

Program murni itu bermula dari jam 8 hingga 10 pagi tadi.

  “Program Bingkisan Raya Rider 2023 ini adalah hasil kerjasama bersama Yayasan Eskayvie. Ia merupakan salah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan. 

“Sabda Rasulullah SAW bahawa: Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

Kata Kartika Wati lagi, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain. 

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agardapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.

 “Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” kata Kartika lagi.

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

Sementara itu, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi, sangat menyokong usaha murni serta keprihatinan jenama itu terhadap keselamatan dan kesihatan ‘rider’. 

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

“Sekali gus tanpa mengira apa juga bidang tugas dan kerjaya masing-masing,” kata Aznil.

 Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.

 “Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

 Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan keperluan pengguna.

 “Adalah diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.

  “Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan” kata Dr Syid Ayob.

 Untuk sebarang maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial

Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing
Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing
Eskayvie Bersama Pak Nil Beri Duit Raya Kepada Lebih 600 ‘Rider’ E-Hailing

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Upah Pengawal Keselamatan, Kamal Sukar Dibawa Terima Rawatan

HIDAYAH ABAM HAMZAH

Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Hingga Ke Gunung Jerai, Kedah