in

Erti Persahabatan dalam Drama Bersiri COKLAT Arahan Bade Hj Azmi

Sejauh manakah kita menilai erti persahabatan yang sebenarnya? Bagaimanakah pula kita mengukur keikhlasan yang hakikatnya tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini? Namun percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi.

Luangkah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia yang memiliki kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Membawakan erti keikhlasan dalam berkawan yang disampaikan daripada sudut pandangan kanak-kanak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan drama bersiri terbaharu bertajuk “Coklat” arahan pengarah tersohor Bade Hj Azmi yang menonjolkan ciri hubungan persahabatan yang ikhlas menerusi watak tiga kanak-kanak.

Drama Bersiri COKLAT

Erti Persahabatan Dalam Drama Bersiri COKLAT Arahan Bade Hj Azmi di TV1

Menampilkan gandingan mantap pelakon Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif, dan Fezrul Khan, juga dibantu pelakon kanak-kanak Nur Qistina Raisah, Muhammad Danish Razriq dan Hawa Khadeejah, ia bersiaran mulai 11 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.30 malam di TV1.

Menerusi 13 episod siri terbitan Rumah Karya Citra ini membawa penonton mengikuti kisah yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita dibawakan menerusi watak utama iaitu Mira yang menjanda sudah hampir 6 tahun ketika mengandungkan Maya. Suaminya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Mira menjadi ayah dan ibu kepada Maya. Mira belajar membuat coklat dan mata pencariannya adalah mengambil tempahan coklat. Maya tidak pernah dapat mengenali ayahnya.

Watak Yamin pula berkerja sebagai guru. Isterinya meninggalkannya kerana mengikut bekas kekasihnya. Sejak itu dia tidak lagi percayakan perempuan. Anaknya Iyad sangat nakal. Dia langsung tak pernah takutkan sesiapa kecuali ayahnya sahaja. Iyad selalu membuat hal samada di sekolah atau dengan jiran-jiran di rumah.

Sementara itu Munir dan Hamra kahwin atas dasar cinta tetapi tidak mendapat restu dari keluarga Hamra kerana Munir hanyalah pembawa lori. Entah kenapa Hamra begitu tergila-gilakan Munir sampai sanggup tinggalkan keluarga.

Munir dan Hamra baru pindah di kawasan perumahan Yamin dan Mira. Mereka semua berjiran namun Munir tidak suka bergaul.
Coklat buatan Mira popular dalam kalangan kanak-kanak dikawasan itu kerana itu mereka selalu bermain berdekatan dengan rumah Mira dengan harapan dapat coklat dari Mira.

Maya dan Iyad pula berkawan baik. Walaupun selalu bergaduh tapi mereka rapat. Maya selalu pertahankan Iyad apabila Iyad dibuli oleh Castello. Dalila pula agak kesunyian bila baru pindah di taman perumahan itu. Namun Maya dan Iyad selalu menemani Dalila sehingga mereka menjadi kawan baik.

Munir sudah menganggur hampir empat bulan. Duit mula tiada. Sewa rumah tak mampu bayar. Hamra mahu berkerja tetapi Munir tidak izinkan kerana sikap cemburu Munir yang keterlaluan. Bila duit tiada mereka sering bergaduh dan Dalila sering berasa tertekan.

Maya dan Iyad menyuruh Dalila menyertai pertandingan pidato di sekolah mereka. Dalila berlatih pidato bersama Maya dan Iyad namun kerana keletihan, Dalila pengsan dan dimasukkan ke hospital. Doktor suspek Dalila mengidap sejenis kanser yang dipanggil Rhabdomiosarkoma. Kanser itu boleh membunuh Dalila dalam masa 5 hari sahaja. Cara untuk mengubatinya hanyalah dengan membuat pembedahan namun Munir dan Hamra tidak mempunyai wang untuk menanggung kos tersebut.

Iyad dan Maya mengetahui tentang apa yang berlaku pada Dalila. Mereka simpati dan memberitahu emak dan ayah mereka. Mira membuat jualan amal dengan menjual coklatnya untuk mengumpul duit kos pembedahan Dalila. Yamin pula membuat kutipan derma di sekolahnya. Ibu bapa Hamra mengetahui perkara ini dan membayar segala kos pembedahan Dalila.

Dalila berjaya diselamatkan. Hubungan tiga keluarga menjadi lebih akrab. Yamin dan Mira pula jatuh hati antara satu sama lain. Namun adakah hubungan mereka direstui oleh anak masing-masing?

Drama Bersiri COKLAT

Drama Bersiri COKLAT

Drama Bersiri COKLAT

Drama Bersiri COKLAT

Drama Bersiri COKLAT

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem IT Dari Persepsi Penonton

Tenggiling Taiko vs King Musang Bertarung dalam SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2017 Jumaat Ini